2 Januari
tarikh From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
2 Januari merupakan hari kedua dalam takwim Gregorius. Tinggal 363 hari (atau 364 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan Gregory dari Nazianzus (Gereja Katolik Rom) .
Peristiwa

- 366 - Perikatan Jermanik Alamanni menyeberangi Sungai Rhine yang beku untuk menyerang Empayar Rom.
- 533 - Mercurius menjadi Paus John II, paus pertama yang menerimaguna nama baharu apabila dilantik menjadi paus.
- 1492 - Reconquista berakhir apabila Ratu Isabel I dan Raja Fernando II menewaskan (gambar) pemerintah Moor terakhir Muhammad XII dari Granada.
- 1757 - United Kingdom menawan Calcutta, India.
- 1788 - Georgia menjadi negeri Amerika Syarikat keempat yang meratifikasi Perlembagaan.
- 1791 - Pembunuhan Big Bottom di Ohio Country, menandakan bermulanya Perang Indian Barat Laut.
- 1793 - Rusia dan Prusia memisahkan Poland.
- 1808 - Kongres Amerika Syarikat melarang pengimportan hamba abdi.
- 1818 - Institusi Jurutera-Jurutera Awam UK diasaskan.
- 1860 - Penemuan planet Vulcan diumumkan di perjumpaan Académie des Sciences di Paris.
- 1871 - Amadeus I menjadi Raja Sepanyol.
- 1872 - Brigham Young ditahan atas tuduhan bigami kerana beristeri 25.
- 1882 - John D. Rockefeller menyatukan pegangan minyaknya menjadi syarikat amanah Standard Oil.
- 1893 - Webb C. Ball dari General Railroad Timepiece Standards di Amerika Utara memperkenalkan kronometer landasan kereta api.
- 1900 - John Hay mengumumkan Dasar Pintu Terbuka untuk menggalakkan perdagangan dengan China.
- 1905 - Perang Jepun-Rusia: Pengepungan Port Arthur berakhir apabila armada Rusia menyerah kalah kepada tentera Jepun, di Lüshunkou, China kini.
- 1917 - Bank Diraja Kanada mengambil alih Bank Quebec.
- 1923 - Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat Albert Fall meletak jawatan gara-gara skandal Teapot Dome.
- 1929 - Kanada dan Amerika Syarikat bersepakat dalam rancangan memelihara Air Terjun Niagara.
- 1935 - Bruno Hauptmann menjalani perbicaraan pembunuhan Charles Lindbergh, Jr., anak bayi kepada juruterbang Charles Lindbergh.
- 1941 - Perang Dunia II: Pengeboman Jerman merosakkan Katedral Llandaff dengan teruknya di Cardiff, Wales.
- 1941 - Perang Dunia II: Kerajaan AS mengumumkan rancangan kapal Liberty untuk membina kapal pengangkut sebagai menyokong usaha perang.
- 1942 - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyabitkan kesalahan 33 ahli kumpulan perisik Jerman pimpinan Fritz Joubert Duquesne dalam kes perisikan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, iaitu Sindiket Perisikan Duquesne.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Manila ditawan oleh tentera Empayar Jepun.
- 1942 - Tentera Laut Amerika Syarikat membuka lapangan blimp di Lakehurst, New Jersey.
- 1946 - Tidak dapat meneruskan pemerintahannya selepas Perang Dunia II, Raja Zog dari Albania turun takhta tetapi mengekalkan tuntutan terhadap takhtanya.
- 1949 - Luis Muñoz Marín menjadi Gabenor Puerto Rico pertama yang dipilih secara demokrasi.
- 1955 - Presiden Panama Jose Antonio Remon dibunuh.
- 1959 - Kapal angkasa lepas Soviet Luna 1 (gambar), kapal angkasa pertama yang menghampiri bulan, dilancarkan oleh roket Vostok dari Kosmodrom Baikonur di Republik Sosialis Soviet Kazakh.
- 1963 - Pertempuran besar-besaran pertama berlaku di Ap Bac antara pasukan Tentera Darat Vietnam Selatan dan pasukan Komunis Vietnam Selatan. Tentera Darat Vietnam Selatan kalah teruk sementara pihak tentera Komunis berjaya melepaskan diri.
- 1969 - Operasi Barrier Reef bermula di Delta Mekong, Vietnam.
- 1974 - Presiden Richard Nixon menandatangani rang undang-undang yang mengurangkan had laju maksimum A.S. ke 55 batu sejam untuk menjimat petrol ketika menghadapai embargo OPEC.
- 1993 - Para pemimpin ketiga-tiga paksi bermusuhan di Bosnia bersidang untuk berunding damai.
- 1999 - Ribut salji yang dahsyat melanda rantau Midwest Amerika Syarikat, meninggalkan salji setebal 359 di Milwaukee, Wisconsin, dan 487 mm di Chicago, di maan suhu jatuh kepada -25 °C; 68 kematian dilaporkan.
- 2001 - Sila Calderón menjadi Gabenor Puerto Rico wanita yang pertama.
- 2002 - Eduardo Duhalde dilantik sebagai Presiden Argentina sementara oleh Dewan Perundangan.
- 2004 - Stardust berjaya merentasi komet Wild 2, mengumpul sampel untuk dibawa kembali ke Bumi dua tahun kemudian.
Remove ads
Kelahiran

- 1988 - Jonny Evans, pemain bola sepak Manchester United F.C.
- 1994 - Jourdy Pranata, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
- 1982 - Fred Harman, seorang pelukis Red Ryder
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads