24 Ogos merupakan hari ke-236 (hari ke-237 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 129 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Ukraine (1991).
- 79 - Mengikut kodeks Laurentianus Mediceus, Gunung Vesuvius (gambar) di Itali meletus, menimbus bandar Pompeii, Herculaneum dan Stabiae dengan abu.
- 410 - Visigoth pimpinan Alaric I menjarah Rom.
- 1511 - Penjajah Portugis menguasai Kesultanan Melaka
- 1516 – Pertempuran Marj Dabiq: Empayar Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I menewaskan tentera Mamluk dan berjaya menguasai Syam
- 1572 - Pembunuhan beramai-ramai Hari St. Bartholomew bermula: Dianggarkan 30,000 orang maut di Perancis dalam masa beberapa minggu.
- 1814 – Perang 1812: Washington, D.C. dibakar oleh angkatan British.
- 1821 - Perjanjian Córdoba ditandatangani di Córdoba, Veracruz, meratifikasi Rancangan Iguala dan menamatkan Perang Kemerdekaan Mexico daripada Sepanyol.
- 1853 - Di Saratoga Springs, New York, A.S., tukang masak George Crum dikatakan menyediakan kerepek kentang pertama selepas bosan dengan seorang pelanggan yang asyik mengadu kentang gorengnya terlalu tebal dan kembang.
- 1954 - Presiden Brazil Getúlio Vargas membunuh diri di Rio de Janeiro.
- 1989 - Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI), diisytiharkan sebagai stesen televisyen swasta pertama di Indonesia
- 1992 - Hurikan Andrew, bencana alam paling merugikan sebelum abad ke-21 di Amerika Syarikat, bertemu daratan di Florida Selatan (gambar) sebagai ribut Kategori Lima.
- 2006 - Kesatuan Astronomi Antarabangsa mentakrifkan semula istilah "planet", mengelaskan Pluto sebagai planet kerdil.
- 2008 - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 2012 - Anders Behring Breivik, yang membunuh 77 orang pada 2011, dihukum 21 tahun penjara, tertakluk kepada perlanjutan.
- 2012 - Pelumba basikal A.S. Lance Armstrong dilarang menyertai sebarang pertandingan oleh USADA kerana dikatakan mengambil dadah.