28 Februari merupakan hari ke-59 dalam takwim Gregorius. Tinggal 306 hari (atau 307 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya. Ia merupakan hari terakhir dalam bulan kedua tahun biasa.
202 SM - Berlangsungnya upacara pemahkotaan Liu Bang selaku Maharaja Gaozu dari Han, sekaligus bermulanya empat abad pemerintahan Dinasti Han di China.
1700 - Hari ini diikuti 1 Mac di Sweden, maka terciptanya takwim Sweden.
1883 - Teater anekarama pertama dibuka di bandar Boston, Massachusetts.
1885 - Syarikat Telefon dan Telegraf Amerika ditubuhkan di Negeri New York sebagai anak syarikat American Bell Telephone. (American Bell kemudian bergabung dengan anak syarikatnya ini.)
1953 - James D. Watson dan Francis Crick memberitahu rakan-rakan mereka bahawa mereka sudah menentukan struktur kimia DNA; pengumuman rasmi pula pada 25 April dalam jurnal Nature (terb. 2 April).
1935 - Bekerja dengan poliamida di syarikat DuPont, ahli kimia Wallace Carothers mencipta nilon.
1974 - Setelah tujuh tahun berdingin, Amerika Syarikat dan Mesir menjalinkan semula hubungan diplomatik.
1985 - Tentera Republikan Ireland Sementara mencetuskan serangan tomong di balai polis Pasukan Konstabel Ulster Diraja di Newry, menyebabkan sembilan orang pegawai terkorban.