3 April merupakan hari ke-93 (hari ke-94 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 272 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Salah satu poster Rancangan Marshall
ATV Jules Verne
1043 – Edward si Pengaku dimahkotakan sebagai Raja England , raja terakhir Kerabat Wessex .
1559 – Perjanjian Keamanan Cateau-Cambrésis ditandatangani, maka berakhirnya Perang Itali .
1797 - John Adams akhirnya membuka pada kongres perihal penolakan pihak urusan luar negeri Perancis , Talleyrand, yang hanya akan menerima komisioner yang dikirim Amerika apabila permintaan hutang dikabulkan dan suap dibayarkan.
1820 - Raffles melaporkan dagangan keluar masuk di Singapura daripada perusahaan anak negeri sahaja telah lebih dari $4,000,000.00 setahun.
1834 – Para jeneral Perang Kemerdekaan Greece dibicarakan atas tuduhan derhaka .
1865 – Perang Saudara Amerika : Tentera Kesatuan menawan Richmond, Virginia , ibu kota Negeri-Negeri Gabungan Amerika .
1882 - Jesse James , seorang penjahat di Barat Lama Amerika , terbunuh selepas ditembak dari belakang untuk ganjaran sebanyak USD $5,000.
1909 - Hikayat Pahang selesai ditulis oleh pengarang yang tidak dikenalpasti.
1922 - Joseph Stalin menjadi Setiausaha Agung pertama Parti Komunis Kesatuan Soviet .
1936 - Bruno Hauptmann dihukum mati melalui kerusi elektrik untuk penculikan dan pembunuhan "bayi Lindbergh ".
1948 - Rancangan Marshall (gambar poster) , satu rancangan pemulihan ekonomi yang diasaskan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat George Marshall untuk membantu pembinaan semula Eropah selepas Perang Dunia Kedua , diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat .
1966 - Luna 10 memasuki orbit di sekeliling Bulan , menjadi kuar angkasa lepas pertama mengorbit jasad astronomi selain Bumi.
1971 - Siri televisyen tokusatsu Jepun Kamen Rider (gambar) mula ditayangkan, menandakan permulaan francais Kamen Rider .
1973 - Di jalanan Bandar Raya New York , penyelidik Motorola Martin Cooper membuat panggilan awam pertama menggunakan telefon bimbit .
1974 - Peletusan Super yang terdiri daripada 148 puting beliung bermula dan membunuh sekurang-kurangnya 315 orang serta mencederakan 5,484 lagi di 13 buah negeri Amerika Syarikat pada akhir peristiwa La Niña yang sungguh kuat.
1980 - Anak Muda , yang merupakan album ketiga oleh penyanyi tersohor Malaysia Sudirman Haji Arshad dikeluarkan.
1982 – United Kingdom menghantar pasukan petugas tentera laut ke Lautan Atlantik selatan untuk menawan semula Kepulauan Falkland daripada Argentina.
1997 – Pembunuhan beramai-ramai Thalit bermula di Algeria; hanya seorang daripada 53 penduduk Thalit terlepas daripada pembunuhan gerila.
2000 – Amerika Syarikat lwn Microsoft : Microsoft didapati mencabuli undang-undang antitrust Amerika Syarikat dengan "menindas" pesaingnya.
2004 – Pengganas Islamiah yang terlibat dalam serangan Madrid 11 Mac 2004 dikepung oleh polis di rumah pangsa mereka lalu membunuh diri.
2007 – Sebuah keretapi TGV Perancis di laluan berkelajuan tinggi LGV Est mencatat rekod dunia rasmi yang baru.
2008 – Kapal bekalan semula tanpa manusia Eropah pertama, ATV Jules Verne (gambar) berlabuh secara automatik dengan Stesen Angkasa Antarabangsa .
2009 – Australia secara rasminya menerima Perisytiharan Hak Asasi Kaum Peribumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .
2011 – Serpihan besar bangkai Penerbangan 447 Air France , yang hilang di temui di atas Lautan Atlantik pada 2009.
2011 – Adel Safar menjadi Perdana Menteri Syria selepas Muhammad Naji al-Otari meletak jawatan akibat bantahan berterusan .
2017 – Sebutir bom telah diletupkan di Saint Petersburg Metro , membunuh 14 orang dan mencederakan 51 orang.