6 April merupakan hari ke-96 (hari ke-97 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 269 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Patung Rama I
Oscar Wilde
Kerosakan gempa bumi di L'Aquila
1250 - Perang Salib Ketujuh : Dinasti Ayubiyyah Mesir menghancurkan tentera salib dan menawan Raja Louis IX dari Perancis .
1652 - Jan van Riebeeck mengasaskan petempatan Eropah kekal pertama di Afrika Selatan di tempat yang kini ialah Cape Town .
1782 - Rama I (gambar) mewarisi Raja Taksin dari Siam , mengasaskan Dinasti Chakri .
1793 - Revolusi Perancis : Jawatankuasa Keselamatan Awam diwujudkan, dan akan menjadi kerajaan eksekutif de facto semasa Pemerintahan Ganas yang mendatang.
1830 - Joseph Smith, Jr. , Oliver Cowdery , David Whitmer dan beberapa orang lain menubuhkan Gereja Christ secara rasmi, memulakan Gerakan Santo Akhir-akhir Ini .
1895 - Penulis drama Oscar Wilde (gambar) ditangkap di London kerana didakwa diatas kesalahan meliwat .
1896 - Sukan Olimpik moden yang pertama dibuka di Athens .
1917 - Perang Dunia Pertama : Amerika Syarikat mengisytiharkan perang terhadap Jerman .
1941 - Perang Dunia Kedua : Kuasa Paksi memulakan Operasi Marita dan Arahan n. 25 , menyerang Greece dan Yugoslavia .
1994 - Kapal terbang yang membawa Presiden Rwanda Juvénal Habyarimana dan Presiden Burundi Cyprien Ntaryamira ditembak jatuh, menandakan permulaan pembunuhan kaum di Rwanda .
2009 - Gempa bumi 6.3 Mw melanda kawasan Abruzzo di tengah Itali (gambar) , mengorbankan 308 orang dan mencederakan lebih 1,500 lagi.