A Famosa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) dan juga telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1512 . A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Rencana ini mengenai kubu di Melaka. Untuk pusat peranginan dengan nama sama, sila lihat A' Famosa Resort.
Fakta Segera Kota A Famosa کوتا أ فموسا, Maklumat umum ...
Kota A Famosa کوتا أ فموسا | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Sebahagian besar bangunan telah diruntuhkan. |
Jenis | Bangunan bersejarah |
Negara | Malaysia |
Pembinaan bermula | 1512 |
Dibaik pulih | 1670oleh Belanda |
Panjang | 382CM |
Tutup
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɐ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").[1]