Aamir Khan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aamir Khan (Urdu: عامر خان, Hindi: आमिर ख़ानcode: hi is deprecated dilahirkan dengan nama Aamir Hussain Khan pada 14 Mac 1965) adalah seorang pelakon filem, pengarah dan penerbit filem India.[1][2] Melalui kerjaya yang berjaya dalam filem-filem Hindi, Khan telah menubuhkan dirinya sebagai salah satu pelakon yang paling popular dan berpengaruh dalam industri perfileman India. Beliau adalah penerima pelbagai anugerah, termasuk empat Anugerah Filem Kebangsaan dan tujuh Anugerah Filmfare. Beliau telah diberi penghormatan oleh Kerajaan India dengan Shri Padma pada tahun 2003 dan Padma Bhushan pada tahun 2010.
Aamir Khan | |
---|---|
आमिर ख़ान عامر خان | |
Kelahiran | (1965-03-14) 14 Mac 1965 (umur 59) |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit dan pengarah filem, penulis skrip filem |
Tahun aktif | 1973–1974, 1984, 1988–2001, 2005 – sekarang |
Pasangan | Kiran Rao (2005 - kini) Reena Dutta (1987 - 2002) |
Laman web rasmi | www |
Khan pertama kali muncul di skrin sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapa saudaranya Nasir Hussain, Yaadon Ki Baaraat (1973). Peranan filem pertama beliau datang dengan filem eksperimen Holi (1984), dan beliau memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pelakom peranan utama dalam filem Qayamat Se Qayamat Tak (1988).Lakonan beliau dalam filem Raakh (1989) membolehkan beliau memenangi Anugerah Khas Juri untuk Anugerah Filem Nasional.Beliau menubuhkan dirinya sebagai pelakon utama pawagam Hindi pada 1990-an dengan muncul dalam beberapa filem komersial yang berjaya, termasuk drama romantis Dil (1990), Raja Hindustani (1996), yang mana beliau memenangi Anugerah Filmfare pertamanya untuk Pelakon Lelaki Terbaik, dan drama Sarfarosh (1999).
Pada tahun 2001, Khan memulakan sebuah syarikat produksi dengan filem Lagaan menjadi filem terbitan baliau yang pertama. Selain berlakon, Khan juga menjadi pengacara Televisyen untuk rancangan, Satyamev Jayate. Khan telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Reena Dutta, selama lima belas tahun selepas itu beliau berkahwin dengan pengarah filem Kiran Rao. Beliau mempunyai tiga orang anak , dua dengan Dutta dan satu dengan Rao.