![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a5/Abhijit_Banerjee_FT_Goldman_Sachs_Business_Book_of_the_Year_Award_2011_%2528cropped%2529.jpg/640px-Abhijit_Banerjee_FT_Goldman_Sachs_Business_Book_of_the_Year_Award_2011_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Abhijit Banerjee
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abhijit Vinayak Banerjee (Benggali: অভিজিৎ বিনায়ক বন্দ্যোপাধ্যায়code: bn is deprecated ; lahir 21 Februari 1961) ialah ahli ekonomi Amerika. Banerjee berkongsi Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi 2019 dengan isterinya Esther Duflo dan Michael Kremer "untuk pendekatan eksperimen mereka untuk mengurangkan kemiskinan global";[7][8] beliau dan Duflo merupakan pasangan suami isteri keenam memenangi Hadiah Nobel. Beliau ialah Profesor Ekonomi Antarabangsa Yayasan Ford di Institut Teknologi Massachusetts.
Abhijit Banerjee অভিজিৎ বন্দ্যোপাধ্যায় | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Abhijit Vinayak Banerjee (1961-02-21) 21 Februari 1961 (umur 63) |
Warganegara | Amerika |
Pendidikan | Kolej Presidency, Kolkata Universiti Calcutta (BA) Jawaharlal Nehru University (MA) Universiti Harvard (PhD) |
Pasangan | Arundhati Tuli (bercerai) Esther Duflo (2015–kini) |
Anugerah | Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi (2019)[4] |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Ekonomi pembangunan |
Institusi | Institut Teknologi Massachusetts |
Penasihat kedoktoran | Eric Maskin |
Pelajar kedoktoran | Esther Duflo[5] Dean Karlan[6] Benjamin Jones |
Beliau merupakan pengasas bersama Makmal Tindakan Kemiskinan Abdul Latif Jameel (bersama dengan ahli ekonomi Esther Duflo dan Sendhil Mullainathan). Beliau juga sekutu penyelidikan Inovasi untuk Tindakan Kemiskinan, dan ahli Konsortium mengenai Sistem Kewangan dan Kemiskinan. Banerjee juga seorang felo Akademi Seni dan Sains Amerika dan rakan sejawat Persatuan Ekonomi, serta anggota Felo Guggenheim dan Felo Alfred P. Sloan.