ilmuwan Islam Parsi abad ke-9 From Wikipedia, the free encyclopedia
Tokoh Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi أبو عبد الله محمد بن موسى الخوارزمی atau Abū Jaʿfar Muḥammad ibn Mūsā al-Khwārizmī أبو جعفر محمد بن موسى الخوارزمی atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) ialah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.
Cendekiawan Islam Zaman Kegemilangan Islam | |
---|---|
Setem yang dikeluarkan pada 6 September 1983 di Kesatuan Soviet, sempena hari lahir al-Khwārizmī yang ke-1200 (anggaran). | |
Nama: | Muhammad ibn Mūsā al-Khwārizmī |
Lahir: | ~ 780 |
Wafat: | ~ 850 |
Etnik: | Parsi |
Bidang: | Matematik |
Idea utama: | Algebra |
Pengaruh: | Abu Kamil[1] |
Beliau telah menciptakan pemakaian sekan dan tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap iaitu tempat mempelajari ilmu hisab dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayakan untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis ensiklopedia dalam pelbagai disiplin. Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik. Beliau juga menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu terkenal yang masih digunakan sampai sekarang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.