Adenoviridae
keluarga virus tidak bersampul yang bersaiz sederhana / From Wikipedia, the free encyclopedia
Adenovirus ialah sejenis virus bersaiz sederhana (90–100 nm), tidak bersampul (tanpa dua lapisan lipid luar) ikosahedral terdiri daripada nukleokapsid, dan bergenom bebenang ganda dua DNA linear. Terdapat 55 serotip yang dikenalpasti di dalam manusia, yang bertanggungjawab bagi 5–10% jangkitan pernafasan atasan pada kanak-kanak, dan juga jangkitan pada dewasa.
Fakta Segera Adenovirus, Pengelasan virus ...
Adenovirus | |
---|---|
Gambaran mikrograf elektron dua adenovirus | |
Pengelasan virus | |
(tanpa pangkat): | Virus |
Alam: | Bamfordvirae |
Filum: | Preplasmiviricota |
Kelas: | Tectiliviricetes |
Order: | Rowavirales |
Keluarga: | Adenoviridae |
Genus | |
|
Tutup
Virus ini dari keluarga Adenoviridae yang menjangkit pelbagai spesies vertebra, termasuk manusia. Adenovirus mula-mula diasingkan pada 1953 daripada adenoid manusia. Mereka dikelaskan sebagai kumpulan I di bawah pengelasan Baltimore.