Agropelancongan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pelancongan tani atau agropelancongan ialah gaya atau aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan. Agropelancongan memiliki pelbagai jenis, seperti labirin jagung, pelancongan petik buah, memberi makan kepada ternakan hingga restoran di atas laut.[1] Agropertanian kini diberi perhatian sebagai salah satu potensi-potensi dalam pengembangan industri pelancongan di seluruh dunia.[2][3]