Ahad Palma ialah pesta berubah-ubah Kristian yang jatuh pada hari Ahad sebelum Paskah. Pesta ini memperingati peristiwa masuknya kembali tokoh Yesus ke Yerusalem yang disebut di setiap empat Injil terkanun.[1] Ahad Palma menandakan hari pertama Minggu Suci/Kudus, minggu terakhir musim takzim Kristian Pra-Paskah yang mendahului ketibaan musim Paskah.[2][3]
Fakta Segera Observed by, Significance ...
Ahad Palma
Salib dihiasi daun pelepah semasa kebaktian Ahad Palma di Petaling Jaya
Kehadiran gereja, merahmati dan pengagihan palma, perarakan gereja, menggantung dahan palma diperoleh daripada liturgi gereja di belakang karya seni Kristian atau meletakkan pelepah palma dalam Alkitab dan kitab setia
Jemaah gereja yang menghadiri kebaktian hari ini mendapatkan daun pelepah kurma (bahasa Latin: palma[4]) memperingati kelakuan banyak penduduk Yerusalem menyambut kehadiran tokoh tersebut:[5][6] pelepah ini melambangkan kemenangan martir menumpaskan dosa sendiri saat meninggal dunia dikiaskan kepada kehijauan musim bunga menggantikan musim salji.[6]
Cooper, J.C. (23 October 2013). Dictionary of Christianity. Routledge. m/s.124. ISBN9781134265466. Dicapai pada 25 April 2014. Holy Week. The last week in LENT. It begins on PALM SUNDAY; the fourth day is called SPY WEDNESDAY; the fifth is MAUNDY THURSDAY; the sixth is GOOD FRIDAY; and the last 'Holy Saturday', or the 'Great Sabbath'.
Brewer, Ebenezer Cobham (1896). The Historic Notebook: With an Appendix of Battles. J. B. Lippincott. m/s.669. Dicapai pada 25 April 2014. The last seven days of this period constitute Holy Week. The first day of Holy Week is Palm Sunday, the fourth day is Spy Wednesday, the fifth Maundy Thursday, the sixth Good Friday, and the last Holy Saturday or the Great Sabbath.