Ahmad C
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmad C (lahir Mohamad bin Abdul Hamid; 1932 – 14 Januari 2010) merupakan seorang penyanyi dan pelakon veteran Malaysia.[1][2][3][4]
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Ahmad C | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad bin Abdul Hamid 1932 (1932) Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 14 Januari 2010 (berumur 77–78) |
Sebab kematian | Masalah jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kota Tinggi, Johor |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1951–2010 |
Anak-anak | 6 |
Tutup
Beliau banyak berlakon dalam beberapa filem terbitan Malay Film Productions, seperti Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertua-ku, Seniman Bujang Lapok dan Raja Bersiong.
Ahmad C juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar era 50-an bersama P. Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah. Beliau juga kadangkala dikreditkan sebagai Mohamad Hamid iaitu nama sebenar beliau dalam filem-filem lakonannya.