ahli politik Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmad Syaikhu merupakan seorang ahli politik negara Indonesia yang kini merupakan Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Datuk Bandar (Wakil Wali Kota) Bekasi antara tahun 2013 dan 2018 sebagai timbalan kepada Rahmat Effendi.
Ahmad Syaikhu | |
---|---|
Calon Partai Keadilan Sejahtera untuk Pilihan raya Gabenor Jawa Barat 2024 | |
Tarikh pilihan raya 27 November 2024 | |
Timbalan | Ilham Habibie |
Lawan | Dedi Mulyadi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wilayah Cirebon, Indonesia | 23 Januari 1965
Kerakyatan | Indonesia |
Parti politik | Partai Keadilan Sejahtera |
Pasangan | Lilik Wakhidah |
Anak-anak | 6 |
Dilahirkan di Wilayah Cirebon, beliau merupakan graduan perakaunan dan bekerja sebagai juruaudit kerajaan sebelum dipilih menyertai Dewan Kota Bekasi dan Dewan Perwakilan Jawa Barat. Beliau bertanding sebagai Datuk Bandar Bekasi dan Timbalan Gabenor Jawa Barat pada 2008 dan 2018, tetapi kedua-duanya tewas.https://prfmnews.pikiran-rakyat.com/jawa-barat/amp/pr-138524909/profil-ilham-habibie-pakar-pesawat-yang-jadi-calon-cawagub-akhmad-syaikhu-di-jawa-barat?page=all
Ahmad Syaikhu lahir di Kampung Ciledugkulon, Ciledug, Wilayah Cirebon pada 23 Januari 1965. Bapanya merupakan seorang pegawai kerajaan. Ahmad menamatkan pendidikan asasnya di sana, dan berpindah ke sekolah lain kemudiannya disebabkan perpindahan kerja bapanya, sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan.[1][2][3]
Beliau memulakan kerjaya pada 1986 sebagai juruaudit kerajaan di Sumatera Selatan. Selepas tiga tahun di sana, beliau berpindah untuk menjadi juruaudit di kerajaan pusat.[3]
Dalam pilihan raya umum 2004, Ahmad Syaikhu menang dalam kerusi Dewan Kota Bekasi bagi penggal 2004-2009. Dalam pada itu, beliau turut bertanding dalam Pilihan raya datuk bandar Bekasi 2008, tetapi tewas kepada Mochtar Mohammad dan rakan sepasukannya Rahmat Effendi. Beliau kemudiannya menang dalam kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Jawa Barat pada pilihan raya umum 2009.[2]
Beliau pernah sekali lagi bertanding dalam pilihan raya datuk bandar Bekasi 2013 bergandingan dengan Rahmat Effendi, dengan kemenangan undi popular 43% dalam pertandingan 5 penjuru.[4] Mereka mengangkat sumpah pada 13 Mac 2013.[5] Pada 2015, beliau telah dilantik menjadi Ketua PKS di Jawa Barat.[2]
Ahmad Syaikhu bertanding dalam Pilihan raya gabernor Jawa Barat 2018 bergandingan dengan Sudrajat. Walaupun mereka pada awalnya berada ditempat bawah dalam undian pandangan (sekitar 4 peratus), gandingan ini telah melangkau jangkaan dan berada di tempat kedua di belakang pemenang Ridwan Kamil/Uu Ruzhanul Ulum, dengan peratusan undi 28.74 peratus.[6]
Berikutan berkahirnya tempoh beliau di Bekasi, beliau mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai calon PKS di Dewan Perwakilan Rakyat..[7] Kemudiannya, beliau telah dicadangkan oleh PKS sebagai calon Timbalan Gabernor Jakarta yang dikosongkan Sandiaga Uno[8] Beliau kemudiannya dipilih menjadi Presiden PKS bagi penggan 2020-2025.[9]
Beliau berkahwin dengan Lilik Wakhidah dan dikurniakan enam orang anak.[3]
Ahmad Syaikhu mengasaskan beberapa pertubuhan yang berfokuskan pendidikan Islam. Beliau juga sangat suka menembak, dan pernah menjadi pengerusi di sebuah persatuan menembak dan berburu di Bekasi.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.