From Wikipedia, the free encyclopedia
Air mata, (jawi: أير مات ) adalah cecair jernih dirembeskan kelenjar khas yang terdapat pada biji mata semua mamalia darat (kecuali kambing dan arnab).[1][2] Rembesan ini bertujuan termasuk melincirkan mata, menghilangkan bendasing yang merengsa (air mata refleks), dan membantu sistem imun . [3] Air mata juga dikeluarkan sebagai sebahagian daripada tindak balas semula jadi baik dari kesakitan dialami tubuh[4] mahupun kerana merasai emosi tertentu seperti kegembiraan atau kesedihan; fenomena ini khusus dalam kalangan manusia[4] di mana rembesan air mata membantu mengeluarkan hormon penyebab stres ketika ditekan secara emosi.[5][6]
Air mata terdiri dari air, elektrolit, protein, lipid dan mukin yang membentuk lapisan pada permukaan mata;[7] komposisi kimia jenis air mata yang dikeluarkan bergantung kepada jenis tujuan air m Jenis air mata yang berlainan - basal, refleks, dan emosi - komposisi berbeza.[7]
Terdapat tiga jenis air mata diketahui mengikut fungsi: air mata dasar, air mata refleks dan air emosi:[8]
Mengandungi air, mukin, lipid, lisozim, laktoferin, lipokalin, lakritin, imunoglobulin, glukosa, urea, natrium dan kalium membasahkan kornea serta melincirkan mata daripada terkena debu habuk. Sebilangan bahan dalam cecair lakrimal seperti lisozim melawan jangkitan bakteria dengan melarutkan lapisan luar peptidoglikan bakteria tertentu.
disebabkan kerengsaan mata terkena bendasing atau adanya bahan kimia tertentu (seperti wap bawang, minyak wangi, gas pemedih mata, semburan lada) pada kawasan sekitar mata, termasuk kornea, konjunktiva, atau mukosa hidung. Ia juga dikaitkan dengan perlakuan muntah, batuk, dan menguap.[7]
Dikeluarkan akibat stres emosi kuat baik baik kerana ditimpa penderitaan, kemarahan mahupun kesenangan (yakni menangis gembira) atau ketawa kuat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.