Akta Sarbanes-Oxley 2002 Stature Amerika Syarikat, juga dikenali sebagai Akta Penilaian semula Perakaunan Syarikat Awam dan Perlindungan Pelabur 2002 - Public Company Accounting Reform and Investor Protection Act of 2002 dan biasanya dikenali sebagai Sarbanes-Oxley, Sarbox atau SOX, merupakan undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat yang berkuat-kuasa pada 30 Julai 2002 sebagi tindak balas kepada beberapa skandal korporat dan perakaunan utama termasuk yang menjejaskan Enron, Tyco International, Adelphia Communications Corporation, Peregrine Systems dan WorldCom. Skandal sebegini yang menjejaskan pelabor berbilion dolar apabila harga saham syarikat terbabit runtuh, menggegarkan keyakinan umum mengenai pasaran sekuriti (pasaran modal). Dinamakan sempena pencadang, Senator Paul Sarbanes (D-MD) dan wakil rakyat Michael G. Oxley (R-OH), akta ini diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menurut undi 334-90 dan oleh Senat Amerika Syarikat 99-0. Presiden George W. Bush menandatanganinya menjadi undang-undang, menyatakan ia termasuk "Pembentukan semula amalan perniagaan Amerika paling meluas semenjak masa Franklin D. Roosevelt - the most far-reaching reforms of American business practices since the time of Franklin D. Roosevelt."[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.