Amber Chia
Model dan pelakon wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Amber Chia (Cina Ringkas: 谢丽萍code: zh is deprecated , Cina Tradisional: 謝麗萍code: zh is deprecated , pinyin: Xiè Lìpíng; lahir 14 Disember 1981) ialah seorang peragawati dari Malaysia. Beliau dibesarkan di bandar Tawau, Sabah. Beliau memulakan kerjaya permodelan pada usia 17 tahun, setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur, di mana beliau bertugas sebagai akauntan. Chia meraih kenamaan antarabangsa setelah dipilih sebagai salah seorang daripada 15 orang finalis peraduan Guess Watches Timeless Beauty pada tahun 2004, serta diundi sebagai Best Top Model oleh Malaysian International Fashion Awards pada tahun 2004 dan 2005. [1] Salah satu ciri-ciri zahir beliau yang terpenting ialah bibir bermuncung yang jarang didapati pada orang Cina Malaysia.
Amber Chia | |
---|---|
Kelahiran | Chia Lee Peng (1981-12-14) 14 Disember 1981 (umur 42) |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Model, pelakon, jurucakap produk |
Tahun aktif | From 1999 |
Maklumat pemodelan | |
Ketinggian | 5 kaki 8 inci (175cm) |
Berat badan | 55 kg (121 lb) |
Ukuran badan | 32 – 25 – 35 |
Warna rambut | Hitam/Perang gelap |
Warna mata | Hitam |
Laman web rasmi | www |
Sebilangan syarikat terkemuka pernah menggunakan khidmat Chia dalam iklan mereka, termasuk Sony, L'Oréal, dan Mitsubishi. ini menyebabkan para pengkritik mendapati beliau terlebih pendedahan, serta tanggapan bahawa beliau lebih gemar memilih untuk mendukung produk secara senyap-senyap. Pihak-pihak tersebut juga menitikberatkan ketidakfasihan beliau berbahasa Inggeris (beliau fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin), sungguhpun ini dikatakan adlaah disebabkan diri beliau dibesarkan di Tawau di mana kebanyakan penduduknya hanya fasih dalam loghat tempatan.[2]