Mohd Amri Yahyah
Pemain bola sepak Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Amri bin Yahyah (lahir 21 Januari 1981, juga dikenali sebagai Wak Am[2], dan diberi gelaran "Ketua Kampung Likas"[3] di Sabah selain "MR17" di Selangor) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang bersara dan mengakhiri kerjaya bola sepak bermain bersama-sama Kelab Bola Sepak Sabah pada 17 Disember 2023. Amri semasa dalam kerjaya bola sepaknya bermain dalam posisi sayap kanan, kiri dan penyerang tengah. Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia. Amri telah mewakili Selangor dari tahun 2001 sehingga 2013 dan kembali ke pasukan itu pada 2017 sehingga 2019. Dia bermain sebanyak 427 perlawanan dan menjaringkan 132 gol dalam semua pertandingan kompetitif bersama Selangor.[4] Pada 2002, dia digelar sebagai budak ajaib apabila menjaringkan gol emas untuk Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah.[5] Pada musim 2005 dia membantu Selangor memenangi tiga piala.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohd Amri bin Yahyah | ||
Tarikh lahir | (1981-01-21) 21 Januari 1981 (umur 43) | ||
Tempat lahir | Tanjung Karang, Selangor, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 8 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1998–2001 | Selangor | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2001–2013 | Selangor | 210 | (71) |
2014–2016 | Johor Darul Ta'zim | 54 | (10) |
2017 | Melaka United | 10 | (0) |
2017–2019 | Selangor | 44 | (8) |
2020 | Sarawak United | 11 | (2) |
2021–2023 | Sabah | 56 | (9) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004–2017 | Malaysia | 64[1] | (15[1]) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Disember 2017 |
Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2003 di Hanoi, Piala Tiger 2004 di mana Malaysia muncul pemenang tempat ke-3, Piala AFF 2010 dimana Malaysia muncul juara, Piala AFF 2014 di mana Malaysia muncul sebagai naib juara dan Piala AFF 2016.
Beliau bersara dan mengakhiri kerjaya bola sepaknya bersama-sama Kelab Bola Sepak Sabah dengan perlawan akhir Liga Super di Stadium Likas menentang Kedah.[6] Amri telah bermain lebih 600 perlawanan kompetitif dalam kerjayanya dan menjaringkan 188 gol untuk kelab dan negara.[4]