cover image

Selangor

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia

Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan Jawi: سلاڠور) merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[7] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Quick facts: Selangor Darul Ehsan سلاڠور دار الإحسان, Pe...
Selangor Darul Ehsan
سلاڠور دار الإحسان
Bendera Selangor
Jata negeri Selangor
Moto: 
Dipelihara Allah
Lagu: Duli Yang Maha Mulia
Selangor_in_Malaysia.svg
   Selangor di    Malaysia
Koordinat: 3°20′N 101°30′E
Pembentukan Kesultanan Selangor1743
Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu1895
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu1948
KerusiShah Alam
Daerah
Kerajaan
  JenisRaja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
  SultanSultan Sharafuddin Idris Shah
  Menteri BesarAmirudin Shari (PH-PKR)
Luas
  Jumlah8,104 km2 (3,129 batu persegi)
Penduduk
  Anggaran 
(2020)
6,994,423
Demonym(s)Orang Selangor
Indeks Pembangunan Manusia
  IPM (2018)0.855 (sangat tinggi) (ke-2)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
4xxxx, 55100 (Pandan), 63xxx (Cyberjaya), 64000 (KLIA), 53100 dan 68xxx(Gombak)[3]
Kod panggilan03[4]
Kod ISO 3166KP (MY-10, 41–44)[5]
Pendaftaran kenderaanB[6]
Laman webwww.selangor.gov.my
Close

Selangor merupakan sebuah negeri yang beriklim khatulistiwa. Kawasan tanah tingginya merupakan sebahagian daripada sistem pergunungan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Semangkok sebagai puncak tertinggi.

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya merupakan sebuah bandar satelit untuk Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1952. Statusnya sebagai sebuah bandar pertama yang mempunyai perancangan dan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang telah membuka banyak peluang pembangunan. Selangor merupakan satu daripada empat buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripada Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Selangor juga mempunyai pembangunan yang pesat, kesan daripada pemodenan di kawasan Lembah Klang.

Negeri ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan sejak turun-temurun dan kini di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Sejak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar terkini ialah Amirudin Shari yang dilantik sejak 18 Jun 2018.

Selangor juga merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini juga merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Hal ini kerana dengan adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuh raya dan pengangkutan awam yang menghubungkan bandar-bandar di Selangor dengan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, pusat pemerintahan kerajaan pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Cyberjaya. Selain itu, negeri ini juga dilihat mempunyai ciri kemajuan yang terbaik, dengan pembinaan pasaraya PKNS, Plaza Alam Sentral, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan masjid rasmi negeri Selangor, dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah kerana Baginda mahu melihat satu mercu tanda yang melambangkan Islam di negeri Selangor dapat direalisasikan dan berdiri megah di Shah Alam serta kempen 'Go Green' atau negeri tanpa plastik bagi menggalakkan rakyatnya membawa beg sendiri.

Bilangan penduduk di negeri ini juga merupakan yang paling ramai di Malaysia dengan taraf hidup yang sangat tinggi dan kadar kemiskinan di negeri ini adalah yang paling rendah di Malaysia. Selangor juga telah menyumbang lebih daripada 23% dalam sektor ekonomi di Malaysia, ini menjadikan ia sebagai negeri paling banyak memperoleh hasil di Malaysia.[perlu rujukan]

Oops something went wrong: