From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Airborne Rusia atau VDV (dari "Vozdushno-desantnye voyska Rossii", Bahasa Rusia: Воздушно-десантные войска России, ВДВ; Air-landing Forces) adalah cabang tentera dalam Angkatan Tentera Rusia. Mula-mula dibentuk sebelum Perang Dunia II, pasukan ini menjalankan dua operasi payung terjun yang penting dan beberapa terjunan kecil semasa peperangan dan selama bertahun-tahun selepas 1945 adalah pasukan airborne terbesar didunia.[5] Pasukan ini berpecah selepas pembubaran Kesatuan Soviet, kehilangan divisyen-divisyennya ke Belarus dan Ukraine, dan dikecilkan saiznya.
Angkatan Airborne Rusia | |
---|---|
Воздушно-десантные войска России | |
Aktif | 1930s–kini |
Negara | Rusia[lower-alpha 1] |
Cawangan | Angkatan Tentera Rusia |
Jenis | Pasukan airborne |
Peranan | Infantri ringan Infantri payung terjun Infantri gerak udara Pengaman |
Saiz | 60,000 askar para,[1] akan dikembangkan ke 72,000 askar para pada 2019[2] |
Nama samaran | Beret Biru, Infantri Bersayap |
Penaung | Saint Elijah the Prophet [3] |
Moto | Никто, кроме нас! (Bahasa Inggeris: Nobody, but us!, Bahasa Melayu: Tiada sesiapa, tetapi kami!) |
Color of Beret | Biru Langit |
Kawat | 'The blue' ('Синева', lagu bukan rasmi) [4][rujukan pekeliling] Kita memerlukan satu kemenangan (Our 10th Parachute Battalion)' (Нам нужна одна победа (10-й наш десантный батальон), lagu rasmi VDV) |
Peringatan | 2 Ogos—Hari Desantniks |
Pertempuran | Pertempuran Tasik Khasan Pertempuran Khalkhin Gol Perang Dunia II Perang Nagorno-Karabakh Perang Soviet–Afghan Perang Chechen Pertama Perang Chechen Kedua Perang Rusia-Georgia Pengilhakan Crimea oleh Persekutuan Rusia Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022 |
Komander | |
Panglima Angkatan Airborne Rusia | Kolonel Jeneral Mikhail Teplinskiy |
Ketua Staf dan Timbalan Pertama Panglima | Kolonel Jeneral Evgeniy Ustinov |
Komander terkenal | Jen. Vasily Margelov Lt. Kol. Anatoly Lebed Jen. Georgy Shpak |
Tanda kebesaran | |
Lambang medium | |
Bendera Angkatan Airborne | |
Lencana bahu | |
Insignia |
Pasukan airborne Rusia secara tradisinya memakai beret biru langit dan telnyashka berjalur biru putih dan dipanggil "desant" (Bahasa Rusia: Десант) dari perkataan Perancis "Descente".[6]
Pasukan airborne Rusia terkenal dengan mobiliti mereka, dengan menggunakan sejumlah besar kenderaan yang direka khusus untuk pengangkutan airborne, oleh itu, mereka di mekanis sepenuhnya dan secara tradisi mempunyai pelengkap senjata berat yang paling besar daripada kebanyakan pasukan airborne semasa.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.