Anjing Greenland[lower-alpha 1] atau gelarannya dalam bahasa tempatan qimmeq qimuttoq ialah satu baka anjing jenis husky besar yang dibela sebagai anjing tarikan. Ia dibawa dari Siberia ke Amerika Utara oleh orang Thule pada 1,000 tahun lalu bersama dengan anjing Eskimo Kanada. Anjing Eskimo Kanada dianggap sebagai baka sama dengan anjing Greenland oleh sebab kedua-duanya belum cukup mencapah secara genetik untuk dianggap sebagai baka terpisah, walaupun terdapat pengasingan geografi.[1]
Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...
Anjing GreenlandAnjing Greenland |
Nama lain | Qimmeq qimuttoq |
---|
Negara asal | Greenland |
---|
|
Tinggi |
Jantan |
23.6 inci (60 cm) (minimum) |
---|
|
Betina |
21.6 inci (55 cm) (minimum) |
---|
Bulu |
Lapis bulu ganda tebal |
---|
Warna |
Semua warna antara perang kekuning-kuningan dengan hitam (kecuali albino dan merle) |
---|
|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Kini, baka ini dianggap penting secara kebangsaan dan kebudayaan untuk Greenland dan penjaminan ketulenannya sedang diusahakan. Di Greenland barat di utara Garisan Artik dan di seluruh Greenland timru, pengimportan sebarang anjing dari luar diharamkan (kecuali anjing polis dan anjing pembantu dengan permit khas) dan sejak tahun 2017, semua anjing perlu bermikrocip dan didaftarkan dalam pangkalan data anjing Greenland. Di barat daya, sekatan sedemikian tidak dilaksanakan dan ketulenan anjing tidak dipantau.[2][3][4] Oleh sebab populasinya telah menurun (sekitar 15,000 ekor anjing di Greenland setakat tahun 2016), sebilangan projek telah dimulakan sebagai cubaan untuk memastikan bahawa budaya, pengetahuan, dan kegunaan luncur salji dengan anjing di Greenland, beserta dengan baka ini sendiri, tidak lenyap.[5]