![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cc/ACD-blue-spud.jpg/640px-ACD-blue-spud.jpg&w=640&q=50)
Anjing lembu Australia
baka anjing dari Australia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing lembu Australia[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing gembala yang pada asalnya dikembangkan di Australia untuk penggiringan lembu di sepanjang jarak panjang melalui rupa bumi mencabar. Baka ini ialah anjing bersaiz sederhana dan berbulu pendek yang terdapat dalam dua bentuk warna utama. Ia sama ada mempunyai bulu merah atau hitam yang tertabur dengan agak sekata di serata lapis bulu putih yang memberikan penampilan anjing "merah" atau "biru".
![]() Seekor anjing lembu Australia biru | |||||||||||||||||||||||
Nama lain | ACD Anjing lembu Cattle dog Anjing penumit biru Anjing penumit merah Anjing penumit Queensland | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Australia | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Seperti anjing daripada baka-baka pekerja lain, anjing lembu Australia adalah bertenaga dan cerdas dengan unsur berdikari. Ia bergerak balas dengan baik terhadap pelatihan berstruktur, khususnya sekiranya menarik dan mencabar. Ia pada asalnya dibiakbakakan untuk menggembala dengan menggigit, dan diketahui menggigit kanak-kanak. Ia membentuk ikatan kuat dengan pemiliknya dan dapat bersifat pelindung terhadap pemiliknya dan harta milik pemiliknya. Bulunya mudah diaturkan dan dijaga dengan keperluan yang sedikit lebih daripada pemberusan semasa tempoh salin bulu. Masalah kesihatan paling umum merupakan kepekakan dan kebutaan progresif (kedua-duanya keadaan kebakaan) dan kecederaan tidak sengaja.
Thomas Simpson Hall, ahli pastoral dan anak kepada kolonis perintis rantau Hawkesbury, George Hall, mengembangkan anjing pekerja Australia untuk penternakan lembu semasa pertengahan tahun 1800-an. Robert Kaleski, yang mengarang piawaian pertama untuk anjing lembu ini (kemudian, anjing lembu Australia), memanggil anjing Hall "Halls heeler" ("[anjing] penumit Hall").[1] Thomas Hall mengimport anjing dari United Kingdom,[2] khususnya collie Tanah Tinggi berbintik biru, dan menyilangkan anjing itu dengan dingo terpilih untuk menghasilkan baka ini.[3][4] Halls heeler kemudian dikembangkan, khususnya oleh Jack dan Harry Bagust dari Sydney pada tahun 1880-an, menjadi dua baka moden, anjing lembu Australia dan anjing lembu berekor kontot Australia. Bagust bersaudara "membiakbakakan banyak dan melemaskan banyak" untuk menghasilkan baka ini.[3]
Anjing lembu Australia telah diberi nama gelaran "anjing penumit merah" atau "anjing penumit biru" atas dasar pewarnaannya dan amalan penggiringan lembu yang enggan dengan menggigit tumit. Nama gelaran "anjing penumit Queensland" mungkin telah berasal daripada sebuah buku kecil popular yang diterbitkan di Victoria.[5]