Anugerah Akademi ke-81
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Anugerah Akademi ke-81 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2008 dan berlangsung pada Februari 22, 2009 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Bill Condon dan Laurence Mark. Hugh Jackman mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[6] Dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Februari 7, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Jessica Biel.[7]
Anugerah Akademi ke-81 | ||||
---|---|---|---|---|
Tarikh | 22 Februari 2009 (2009-02-22) | |||
Tempat | Teater Kodak Hollywood, Los Angeles, California, A.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis |
| |||
Pengacara | Hugh Jackman[2] | |||
Penerbit | Bill Condon Laurence Mark[3] | |||
Pengarah | Roger Goodman [4] | |||
Tempoh | 3 jam, 30 minit[5] | |||
Filem Terbaik | Slumdog Millionaire | |||
Anugerah terbanyak | Slumdog Millionaire (8) | |||
Pencalonan terbanyak | The Curious Case of Benjamin Button (13) | |||
|
Slumdog Millionaire memenangi lapan anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Danny Boyle.[8][9][10] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Curious Case of Benjamin Button dengan tiga anugerah, The Dark Knight dan Milk dengan dua anugerah Departures, The Duchess, La Maison en Petits Cubes, Man on Wire, The Reader, Smile Pinki, Toyland, Vicky Cristina Barcelona dan WALL-E dengan satu anugerah.