Aspartam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aspartam merupakan suatu pemanis tiruan yang tidak mengandungi sakarida, digunakan sebagai pengganti gula dalam sebahagian makanan dan minuman. Di Kesatuan Eropah, ia dikodkan sebagai E951. Aspartam ialah suatu ester metil bagi asid aspartik/ dipeptida fenilalanina. Ia dijual secara komersial di bawah satu jenama yang namanya NutraSweet. Ia disintesiskan pada tahun 1965 dan paten bahan kimia tersebut luput pada tahun 1992.
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Metil L-α-aspartil-L-fenilalaninat | |
Nama lain
Ester N-(L-α-Aspartil)-L-fenilalanina, 1-metil | |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol |
|
ChEBI | |
ChEMBL | |
ChemSpider |
|
DrugBank |
|
ECHA InfoCard | 100.041.132 |
Nombor E | E951 (bahan beraneka) |
KEGG |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA) |
|
| |
| |
Sifat | |
C14H18N2O5 | |
Jisim molar | 294.31 g·mol−1 |
Ketumpatan | 1.347 g/cm3 |
Takat lebur | 246–247 °C (475–477 °F; 519–520 K) |
Takat didih | terurai |
Terlarut secara perlahan | |
Keterlarutan | Sedikit terlarut dalam etanol |
Keasidan (pKa) | 4.5–6.0[2] |
Bahaya | |
NFPA 704 (berlian api) | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
Y pengesahan (apa yang perlu: Y/N?) | |
Rujukan kotak info | |
Keselamatan aspartam sering kali menjadi suatu topik yang hangat diperbincangkan melalui melalui kaedah kontroversi politik dan perubatan, pendengaran kongres Amerika Syarikat dan maklumat palsu dari internet, [3][4][5] sejak ia mendapat kelulusan peringkat awal bagi penggunaan produk makanan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) pada tahun 1981. Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah mengkonklusikan pada penilaian semulanya tahun 2013 bahawa aspartam dan produk pembelahannya adalah selamat untuk kegunaan manusia pada tahap pendedahan sekarang,[6] mentahkik ulasan perubatan lain.[7] Namun begitu, disebabkan produk pecahannya termasuk juga fenilalanina, aspartam perlu dielakkan oleh orang-orang yang berada dalam fenilketonuria (PKU), suatu keadaan genetik.