cerita kehidupan yang ditulis pengisah akuan From Wikipedia, the free encyclopedia
Autobiografi (daripada Bahasa Yunani: αὐτός-autos diri + βίος-bios kehidupan + γράφειν-graphein menulis) ialah sebuah penulisan tentang kehidupan seseorang yang ditulis pengisah akuan sendiri malah digayakan serupa demikian dari sudut pandang pertama.[1]
Perkataan autobiography (autobiografi) pertama kalinya digunakan dalam bahasa Inggeris (sebagai cemuhan) oleh sarjan bernama William Taylor pada tahun 1797 dalam sebuah terbitan berkala, Monthly Review di London. Taylor menyarankan perkataan itu sebagai sebuah kata gembleng tetapi mencemuhnya sabagai "memandai"; akan tetapi penggunaannya dalam maksudnya sekarang dicatatkan oleh Robert Southey pada tahun 1809.[2] Walau bagaimanapun, bentuk autobiografi bermula pada zaman kuno. Penulis-penulis biografi lazimnya bergantung pada pelbagai jenis dokumen dan pandangan; sesebuah biografi pula tidak begitu dan dapat dilandaskan atas ingatan penulisnya semat-mata. Berkait rapat dengan autobiografi (dan kadangkala sukar dibezakan daripadanya) ialah bentuk penulisan memoir.
Karya autobiografi pertama ditulis pada lewat abad ke-11 oleh Abdallah bin Buluggin, raja Ziryun terakhir Taifa Granada.
Pada abad ke-15, seorang bangsawan Sepanyol, Leonor López de Córdoba, menulis Memorias, mungkin satu-satunya autobiografi pertama dalam bahasa Castille.
Zāhir ud-Dīn Mohammad Bābur, pengasas wangsa Mughal di Asia Selatan menyimpan sebuah buku catatan bernama Baburnama (Chagatai/Parsi: بابر نامہ ; harfiah: "Kitab Babur" atau "Surat-surat Babur") yang ditulis antara tahun 1493 dan 1529.
Satu daripada autobiografi agung Zaman Pertengahan dikaryakan Benvenuto Cellini, seornga tukang emas dan pengarca. Autobiografi ini ditulis antara tahun 1556 dan 1558, dan diberikan judul ringkas, Vita (Bahasa Itali: Kehidupan) oleh penulisnya. Cellini berkata pada permulaan karya: "Tidak kira apa jenis orangnya, setiap orang memiliki apa yang sebenarnya ataupun dilihat sebagai pencapaian besar; sekiranya dia mementingkan kebenaran dan kebaikan, dia seharusnya menulis cerita kehidupannya sendiri; akan tetapi tidak sesiapapun harus membuat tugas terpuji ini sehinggalah dia mencapai usia empat puluh tahun"[3] Kriteria autobiografi ini kekal sehingga kebelakangan ini dan dipatuhi penulis autobiografi serius selama 300 tahun berikutnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.