Avokado
From Wikipedia, the free encyclopedia
Avokado (Jawi: اۏوکادوcode: ms is deprecated ), alpukat (Jawi: الڤوکتcode: ms is deprecated ), adpokat (Jawi: ادڤوکتcode: ms is deprecated ; juga: apukat, apukad, pukat) atau buah tempurung (Jawi: بواه تمڤوروڠcode: ms is deprecated , nama botani: Persea americana)[4][5][3][6] ialah sejenis tumbuhan dari genus Persea keluarga Lauraceae.[7] Ia menghasilkan buah yang mengandungi biji tunggal besar[8] dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak.
Avokado | |
---|---|
Buah avakado varieti hitam keperangan. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Magnoliid |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Persea |
Spesies: | P. americana |
Nama binomial | |
Persea americana Mill. | |
Sinonim[2] | |
|
Pokok ini bertaburan asal di Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala, tetapi tersebar luas secara penanaman di kawasan-kawasan tropika (termasuk sejauh Nusantara) dan iklim Mediterranean seluruh dunia.[7] Buah ia banyak dimanfaatkan sebagai buah segar atau diproses lanjut untuk pelbagai kegunaan.