Bahagian Kapit
bahagian pentadbiran Sarawak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahagian Kapit yang terbentuk pada 2 April 1973, merupakan bahagian ketujuh daripada sebelas buah bahagian pentadbiran yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan bahagian pentadbiran yang terbesar di Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi.
Kapit | |
---|---|
Lokasi Pejabat Bahagian | Kapit |
Kerajaan kawasan tempatan(s) | Majlis Daerah Kapit (MDK), Majlis Daerah Song (MDS), Majlis Daerah Belaga (MDB) |
Keluasan | |
• Jumlah | 38,934 km2 (15,033 batu persegi) |
Penduduk (2010[1]) | |
• Jumlah | 99,833 |
• Kepadatan | 2.6/km2 (6.6/batu persegi) |
Residen | Nyurak Keti |
Plat lesen prefix | QP |
Bancian yang telah dijalankan pada tahun 2010 mendapati bahagian ini mempunyai seramai 99,833 orang penduduk. Berdasarkan jumlah tersebut, pecahan populasi berdasarkan etnik penduduk adalah sebanyak 68.7% Iban, 19.1% Orang Ulu, 7% Cina, 3.4% Melayu, 1.3% Melanau, 0.3% Bidayuh, dan 0.1% etnik-etnik lain.
Bahagian Kapit terdiri daripada tiga buah daerah iaitu (Kapit, Song dan Belaga). Terdapat juga dua buah daerah kecil iaitu (Nanga Merit dan Sungai Asap).
86% daripada jumlah kawasan Kapit adalah merupakan hutan simpan. Ekonomi utama yang dijalankan di bahagian ini sebahagian besarnya adalah aktiviti-aktiviti yang berasaskan hutan, pertanian, penanaman sawit, padi, getah, pisang, dan lada hitam. Terdapat juga sumber asli seperti arang batu di sini. Empangan Bakun juga terletak di bahagian ini.