Bahagian Sibu
bahagian pentadbiran Sarawak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai bahagian (pentadbiran). Untuk bandar, sila lihat Sibu. Untuk daerah, sila lihat Daerah Sibu.
Bahagian Sibu ialah sebuah bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia mempunyai keluasan 8,278.30 kilometer persegi (3,196.27 batu persegi).[2] Jumlah penduduk ialah 303,300 orang pada tahun 2016.[3] Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sibu. Bahagian Sibu dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.[4] Ketua bagi pentadbiran Bahagian Sibu ialah seorang residen dan pada masa ini sedang dijawat oleh Charles Siaw sejak tahun 2018.[1]