Hellenik ialah cabang rumpun bahasa Indo-Eropah dengan anggota utamanya bahasa Yunani.[3] Dalam kebanyakan pengelasan, cabang Hellenik hanya mengandungi bahasa Yunani sahaja,[4][5] tetapi sesetengah ahli bahasa menggunakan istilah Hellenik sebagai rumpun yang merangkumi bahasa Yunani dan variasi-variasi lain yang dipercayai berkait tetapi cukup berbeza untuk menjadi bahasa tersendiri, sama ada di kalangan bahasa-bahasa purba sejiran[6] atau salah satu variasi bahasa Yunani moden.[7]
Fakta Segera Hellenik, Taburan geografi: ...
Tutup
Kebanyakan catatan bertulis di Makedonia purba ditulis dalam bahasa Yunani Attik (kemudiannya dalam bahasa Yunani Koine),[8][9] namun bahasa daerah juga digunakan di Makedonia, ditemui pada nama, glosari purba dan batu-batu bersurat yang ditemui di Makedonia, seperti loh sumpahan Pella.[10][11][12] Variasi tempatan ini biasanya dikelaskan oleh pakar sebagai sejenis dialek Yunani Dorik Barat Laut,[nota 1] dan kadangkala sebagai dialek Yunani Aeolia[nota 2] atau bahasa menjadi/saudara bahasa Yunani yang tersendiri.[nota 3] Sesetengah pakar mencadangkan semua bahasa ini dikelompokkan dalam satu rumpun yang dipanggil "Hellenik," yang merangkumi bahasa Makedonia purba bersama dengan bahasa Yunani.[6][24]
Di samping itu, sesetengah ahli bahasa menggunakan "Hellenik" bagi bahasa Yunani moden dan bahasa-bahasa moden lain yang berkait tetapi dianggap bahasa tersendiri kerana tiada kesalingfahaman antara penutur kedua-dua bahasa.[25] Status "bahasa tersendiri" ini kerap melabelkan bahasa Tsakonas,[25] yang dipercayai turun daripada bahasa Dorik dan bukan Yunani Attik, serta bahasa Yunani Pontus dan Kappadokia di Anatolia.[26] Variasi Griko dan Italiot bahasa Yunani yang dituturkan di Itali selatan juga tidak begitu difahami oleh penutur bahasa Yunani biasa.[27] Sesetengah pakar juga menganggap bahasa Yunani Cyprus sebagai bahasa yang tersendiri tetapi ini tidak begitu mudah disokong.[28] Sebaliknya, bahasa Yevanik (Yahudi Yunani) boleh difahami oleh penutur bahasa Yunani biasa tetapi ia kadangkala dianggap sebagai bahasa yang berasingan disebabkan perbezaan etnik dan budaya.[28] Secara amnya, ahli linguistik Yunani menganggap semua variasi ini sebagai dialek satu bahasa.[4][29][30]
Hellenik |
Greek |
Ionia–Attik |
|
|
|
|
Bahasa Yunani Cappadocia |
|
|
|
Pontus |
|
|
Bahasa Yunani Krimea (Mariupolis) |
|
|
|
|
Romano-Yunani (bahasa campuran) |
|
|
Bahasa Yunani Italiot (diperdebatkan) |
Griko (dipengaruhi Dorik) |
|
|
Yunani Calabria |
|
|
|
|
|
|
Aeolia † |
|
|
|
Arcadocyprus † (berkait dengan bahasa Mikenai?) |
|
|
Pamphylia † |
|
|
|
|
Mikenai † |
|
Dorik |
Tsakonia (Koine dipengaruhi Dorik?; amat terancam) |
|
|
|
|
(?) Makedonia Purba † |
|
|
|
Hellenik merupakan cabang keluarga bahasa Indo-Eropah. Bahasa-bahasa purba yang mungkin paling rapat dengannya—bahasa Makedonia purba[31][32] (sama ada dialek Yunani kuno atau bahasa Hellenik yang tersendiri) dan Frigia,[33] tidak terakam dengan cukup bagus untuk dibandingkan dengan terperinci. Daripada semua bahasa Indo-Eropah yang masih dituturkan sehingga kini, bahasa Yunani sering dikatakan paling berkait rapat dengan bahasa Armenia[34] (lihat juga bahasa Greko-Armenia) dan bahasa Indo-Iran (lihat Graeco-Aryan).[35][36]
Dipelopori oleh Friedrich Wilhelm Sturz (1808),[13] dan disokong oleh Olivier Masson (1996),[14] Michael Meier-Brügger (2003),[15] Johannes Engels (2010),[16] J. Méndez Dosuna (2012),[17] Joachim Matzinger (2016),[18] Emilio Crespo (2017),[11] Claude Brixhe (2018)[19] and M. B. Hatzopoulos (2020).[13]
Dicadangkan oleh August Fick (1874),[14] Otto Hoffmann (1906),[14] N. G. L. Hammond (1997)[20] dan Ian Worthington (2012).[21]
Dicadangkan oleh Georgiev (1966),[22] Joseph (2001)[6] and Hamp (2013).[23]
Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Graeco-Phrygian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Greek". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
Dalam konteks lain, "Hellenik" dan "Yunani" secara amnya adalah sinonim.
Browning (1983), Medieval and Modern Greek, Cambridge: Cambridge University Press.
Joseph, Brian D. and Irene Philippaki-Warburton (1987): Modern Greek.
Joseph, Brian D. (2001). "Ancient Greek". Dalam Garry, Jane; Rubino, Carl; Bodomo, Adams B.; Faber, Alice; French, Robert (penyunting). Facts about the World's Languages: An Encyclopedia of the World's Major Languages, Past and Present (dalam bahasa Inggeris). H. W. Wilson Company. m/s. 256. ISBN 9780824209704.
Joseph Roisman; Ian Worthington (7 Julai 2011). A Companion to Ancient Macedonia. John Wiley & Sons. m/s. 94. ISBN 978-1-4443-5163-7. Banyak inskripsi awam dan persendirian yang masih elok menunjukkan bahawa dalam kerajaan Makedonia tidak ada bahasa tulisan yang dominan, cuma Attik baku dan kemudiannya koine Yunani.
Sarah B. Pomeroy, Stanley M. Burstein, Walter Donlan, Jennifer Tolbert Roberts, A Brief History of Ancient Greece: Politics, Society, and Culture, Oxford University Press, 2008, m/s 289
Crespo, Emilio (2017). "The Softening of Obstruent Consonants in the Macedonian Dialect". Dalam Giannakis, Georgios K.; Crespo, Emilio; Filos, Panagiotis (penyunting). Studies in Ancient Greek Dialects: From Central Greece to the Black Sea. Walter de Gruyter. m/s. 329. ISBN 978-3-11-053081-0.
Hornblower, Simon (2002). "Macedon, Thessaly and Boiotia". The Greek World, 479-323 BC (ed. ke-3). Routledge. m/s. 90. ISBN 0-415-16326-9.
Masson, Olivier (2003). "[Ancient] Macedonian language". Dalam Hornblower, Simon; Spawforth, Antony (penyunting). The Oxford Classical Dictionary (dalam bahasa Inggeris) (ed. revised 3rd). Oxford University Press. m/s. 905–906. ISBN 978-0-19-860641-3.
Michael Meier-Brügger, Indo-European linguistics, Walter de Gruyter, 2003, p.28,on Google books
Roisman, Worthington, 2010, "A Companion to Ancient Macedonia", Chapter 5: Johannes Engels, "Macedonians and Greeks", m/s 95
Dosuna, J. Méndez (2012). "Ancient Macedonian as a Greek dialect: A critical survey on recent work (Greek, English, French, German text)". Dalam Giannakis, Georgios K. (penyunting). Ancient Macedonia: Language, History, Culture. Centre for Greek Language. m/s. 145. ISBN 978-960-7779-52-6.
Vladimir Georgiev, "The Genesis of the Balkan Peoples", The Slavonic and East European Review 44:103:285-297 (Julai 1966)
Eric Hamp & Douglas Adams (2013) "The Expansion of the Indo-European Languages", Sino-Platonic Papers, jil 239.
Salminen, Tapani (2007). "Europe and North Asia". Dalam Moseley, Christopher (penyunting). Encyclopedia of the World's Endangered Languages. London: Routledge. m/s. 211–284.
N. Nicholas (1999), The Story of Pu: The Grammaticalisation in Space and Time of a Modern Greek Complementiser.
Joseph, Brian; Tserdanelis, Georgios (2003). "Modern Greek". Dalam Roelcke, Thorsten (penyunting). Variationstypologie: Ein sprachtypologisches Handbuch der europäischen Sprachen. Berlin: de Gruyter. m/s. 836.
G. Horrocks (1997), Greek: A History of the Language and its Speakers.
P. Trudgill (2002), Ausbau Sociolinguistics and Identity in Greece, dalam: P. Trudgill, Sociolinguistic Variation and Change, Edinburgh: Edinburgh University Press.
Henry M. Hoenigswald, "Greek," The Indo-European Languages, ed.