Bahasa-bahasa Samiah Barat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa-bahasa Samiah Barat merupakan subkumpulan utama yang diusulkan bagi keluarga bahasa Samiah kuno. Istilah tersebut pertama kali dicipta pada tahun 1883 oleh Fritz Hommel.[2][3][4]
Bahasa-bahasa Samiah Barat | |
---|---|
Taburan geografi: | Timur Tengah |
Klasifikasi bahasa: | Afroasia
|
Pembahagian: | |
Glottolog: | west2786[1] |
Kumpulan tersebut,[5] yang disokong oleh pengkaji Samiah seperti Robert Hetzron dan John Huehnergard, membahagikan keluarga bahasa Samiah kepada dua cabang: Timur dan Barat.[6]
Bahasa-bahasa Samiah Barat terdiri daripada subkumpulan yang ditakrifkan dengan jelas: bahasa-bahasa Arab Selatan Moden, bahasa Arab Selatan Lama, bahasa-bahasa Samiah Habsyah, bahasa Arab, dan bahasa-bahasa Samiah Barat Laut (termasuklah bahasa Ibrani, bahasa Aram, dan bahasa Amurru dan bahasa Ugarit yang telah pupus).[6]
Sementara itu, bahasa-bahasa Samiah Timur terdiri daripada bahasa Ebla dan bahasa Akkadia yang sudah pupus.[7]
Bahasa-bahasa Samiah Habsyah dan bahasa-bahasa Arab Selatan menunjukkan ciri-ciri lazim tertentu, dan sering dilonggokkan bersama sebagai bahasa-bahasa Samiah Selatan.[6] Pengelasan kedudukan bahasa Arab yang betul dalam bahasa-bahasa Samiah masih diperdebatkan. Dalam pengelasan lama, ia dilonggokkan dengan bahasa-bahasa Samiah Selatan.[8] Walau bagaimanapun, Hetzron dan Huehnergard mengaitkannya lebih rapat dengan bahasa-bahasa Samiah Barat Laut, untuk membentuk bahasa-bahasa Samiah Tengah.[6] Sesetengah pengkaji Samiah terus berhujah untuk pengelasan yang lebih lama tersebut, berdasarkan ciri tersendiri iaitu kata jamak pecah. Beberapa bahasawan juga berpendapat bahawa Eteokuprus ialah ahli bahasa-bahasa Samiah Barat Laut yang dituturkan di Cyprus purba.