Bahasa Korea
bahasa yang ditutur di Korea / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Korea (한국어/조선말code: ko is deprecated , lihat bawah) ialah bahasa rasmi kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China. Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 80 juta penutur bahasa Korea, termasuklah kelompok besar di negara-negara Bekas Kesatuan Soviet, serta kelompok etnik Korea di China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, dan sejak kebelakangan ini, Filipina.
Bahasa Korea | |
---|---|
한국어code: ko is deprecated , a조선말code: ko is deprecated <!a--Romanization-->Hangugeoa, Chosŏnmal | |
Asli kepada | Korea Utara, Korea Selatan, bahagian timur laut dari China, Jepun |
Penutur bahasa | 80 juta |
Kegunaan khusus Hangul atau campuran Hangul dan Hanja | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Negeri luas: Korea Utara, Korea Selatan, Malaysia Kawasan: Republik Rakyat China (Prefektur Berautonomi Yanbian Korean in Provinsi Jilin) |
Dikawal selia oleh | Korea Selatan: Gungnip-gugeowon (Institut Kebangsaan Bahasa Korea; 국립국어원code: ko is deprecated ) Korea Utara: Sahoe Kwahagwŏn Ŏhak Yŏnguso (사회 과학원 어학 연구소code: ko is deprecated ) |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | ko |
ISO 639-2 | kor |
ISO 639-3 | kor |
Pengelasan genealogikal bahasa Korea masih belum ditetapkan. Kebanyakan pakar bahasa menggolongkannya di bawah keluarga bahasa Altaik, namun ada yang menegaskan bahawa bahasa ini sejenis bahasa pencilan. Morfologi bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan Subjek Objek Kerja. Serupa seperti bahasa Jepun dan bahasa Vietnam, bahasa Korea dipengaruhi bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korea. Perkataan bahasa Korea asli membentuk 35% daripada perbendaharaan katanya, manakala kira-kira 60% perbendaharaan kata merupakan perkataan Sino-Korea. 5% yang tinggal merupakan pinjaman daripada bahasa lain, 90% daripadanya bahasa Inggeris.[7]