Bahasa Tulu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tulu (Tulu: ತುಳು ಭಾಷೆcode: tcy is deprecated Tuḷu bāsecode: tcy is deprecated [ˈt̪uɭu ˈbɒːsæ])[4] ialah sebuah bahasa yang digunakan oleh hampir 2 juta penutur ibunda,[5] dengan tempat tumpuan ialah di bahagian barat Karnataka dan sebahagian kecil utara Kerala, yang dikenal sebagai Tulu Nadu. Bahasa tersebut termasuk dalam keluarga bahasa Dravida.
Fakta Segera Tulu, Asli kepada ...
Tulu | |
---|---|
ತುಳುcode: tcy is deprecated , തുളുcode: tcy is deprecated | |
Asli kepada | India |
Kawasan | Tulu Nadu[lower-alpha 1][1][2][3] |
Etnik | Orang Tulu |
Dravidia
| |
Tulisan Tigalari Tulisan Kannada Tulisan Malayalam | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | tcy |
Glottolog | tulu1258 |
Taburan penutur ibunda Tulu di India |
Tutup
Di India, hampir 2 juta orang memakai bahasa tersebut sebagai bahasa asli mereka (anggaran 2011), dan berjumlah 1,722,768 pada 2001,[6] meningkat 10% berbanding dalam bancian 1991.[7] Menurut salah satu kiraan yang dinyatakan pada 2009, Tulu sekarang digunakan oleh tiga hingga lima juta penutur ibunda di seluruh dunia.[8] Penutur ibunda bahasa Tulu disebut sebagai Tuluva atau orang Tulu.