From Wikipedia, the free encyclopedia
Barnevelder adalah baka ayam yang berasal daripada Belanda. Ia terhasil dari kacukan silang antara baka ayam tempatan Belanda dengan pelbagai ayam "Shanghai" yang diimport daripada Asia ke Eropah pada kurun ke-19; ia mungkin ayam Brahma, Cochin atau Langshan Croad.[1] Ia dinamakan bersempena dengan nama bandar dan gemeente (perbandaran) di Barneveld, Gelderland yang terletak di tengah Belanda. Ayam betina merupakan ayam penelur yang baik dengan telur besar berwana perang, dan tidak seperti baka-baka lain terus bertelur semasa musim sejuk.
Pada tahun 1850an, ayam-ayam daripada Asia mula tiba di Eropah, di mana ia pertama kali dipanggil sebagai ayam-ayam "Shanghai". Asalnya, ia saling membiak sesama sendiri, sebelum kemudian dibangunkan untuk menghasilkan baka-baka seperti Brahma, Cochin dan Langshan Croad.[1] Bermula sekitar tahun 1865, beberapa baka ayam-ayam Shanghai ini dikacukkan dengan ayam-ayam dari ladang tempatan dari kawasan Barneveld. Menjelang akhir kurun ke-19, kemungkinan ada pembiakan dengan satu baka ayam yang dikenali dengan Amerikaanse Nuthoenders ("ayam utiliti Amerika"), yang mana mempunyai persamaan dengan Wyandotte Amerika;[5] tidak dapat dipastikan sama ada ayam-ayam ini adalah sebenarnya berasal daripada Amerika atau bukan.[1] Sekitar tahun 1906, terdapat juga kemungkinan berlakunya kacukan silang dengan ayam Orpington Buff dari Britain.[6]:99 Berdasarkan pada Hans Schippers, pengaruh terbesar yang terdapat pada ciri-ciri Barnevelder adalah daripada Langshan, yang mana menyebabkan ia lebih lasak, telur perang, dan bertelur pada musim sejuk.[5]
Nama Barnevelder pertama kali telah digunakan pada pertunjukan unggas di Landbouwtentoonstelling atau pameran pertanian yang diadakan di The Hague pada tahun 1911.[7]:164 Bermula pada masa ini, cubaan telah dilakukan untuk membiakkan baka dan warna yang konsisten.[6]:100 Bagaimanapun, apabila Kelab Unggas Belanda membincangkan sama ada mahu menerima Barnevelder sebagai satu baka baharu pada tahun 1919, ia didapati mempunyai terlalu banyak pembolehubah.[8]:105 Pada tahun 1921, sebuah persatuan penternak telah ditubuhkan, dan standard pertama telah dihasilkan. Baka ini telah diiktiraf pada tahun 1923.[1]
Sekitar tahun 1921, Barnevelder telah dieksport ke United Kingdom, di mana telur-telur berwarna perang mendapat permintaan. Pada awalnya, ayam ini memiliki banyak pemboleh ubah seperti renda tunggal, renda kembar atau bulu berwarna partridge. Variati partridge dan renda berkembar telah dimasukkan ke dalam Standard Unggas Britain; di mana renda berkembar menjadi variati utama.[9]:62 Wujudnya kemungkinan kacukan silang dengan Ayam Laga India.[10] Variati partridge telah dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1991.[2]
Variati warna Barnevelder yang asal dan dikenali ramai adalah renda berkembar, di mana ia memiliki balung sisir tegak, dan kaki berwarna kuning, selain variati lain. Bagi ayam bersaiz standard, corak dijelaskan pada latar belakang perang (e^b/e^b).[11] Hanya ayam betina yang mempunyai corak renda berkembar yang jelas, manakala ayam jantan pula adalah berwarna merah berdada hitam berkilat.[12] Kelab Barnevelder Belanda mengiktiraf variati renda berkembar, renda berkembar biru, hitam dan putih bagi kedua-dua versi saiz standard dan bantam.[13] Kelab juga mengiktiraf variati renda berkembar perak tetapi hanya bagi versi bantam. Mereka juga menyedari kehadiran beberapa variati baharu seperti renda berkembar perak-hitam yang sedang dibangunkan tetapi belum lagi diiktiraf secara rasmi.[14]
Beberapa negara mengiktiraf variati yang tidak diakui di Belanda seperti berbelang penjantinaan automatik, perang tua, partridge, chamois, biru dan perak.[15][16][17][18]
Seekor ayam betina Barnevelder mampu bertelur sehingga 175–200 biji telur berwarna perang dengan berat sekitar 60–65 g.[1]:12
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.