From Wikipedia, the free encyclopedia
Benda (Jawi: بندا, pinjaman Sanskrit: भाण्डा bhāṇḍā "wadah apapun...barang dagangan"[1]) atau objek ialah sesuatu konsep merujuk kepada sesuatu yang mempunyai sifat kewujudan. Pada kehidupan seharian, aspek makna perkataan "benda" biasanya dianggap tidak penting, tetapi perbincangan mengenai "benda" merupakan satu topik dalam bidang falsafah.
Dari segi ilmu bahasa, perkataan "benda" sebenarnya merupakan sejenis kata ganti nama. Hal ini bermaksud bahawa perkataan ini tidak merujuk kepada sesuatu yang khusus secara tetap. Biasanya seorang pengguna bahasa akan menggunakan perkataan "benda" untuk merujuk kepada sesuatu objek yang tidak dapat dinamai secara tepat oleh dirinya. Maka, titik rujukan bagi makna yang terterap dalam perkataan disebut ini berubah-ubah menurut konteks ayat diucapkan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.