Borneo
pulau ketiga terbesar terletak di Asia Tenggara; terbahagi kepada tiga negara iaitu negara Brunei; Sabah, Sarawak dan Labuan (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia) / From Wikipedia, the free encyclopedia
Borneo (Jawi: بورنيوcode: ms is deprecated ) ialah pulau ketiga terbesar di dunia dan yang terbesar di Asia.[2] di kelilingi oleh Semenanjung Tanah Melayu,Sumatera,Kepulauan Jawa,Sulawesi dan negara Filipina.Pulau Borneo ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu negara Malaysia-Sabah, Sarawak, dan Labuan, Brunei, dan negara Indonesia di bahagian Kalimantan.
Geografi | |
---|---|
Lokasi | Asia Tenggara |
Koordinat | 01°N 114°E |
Kepulauan | Kepulauan Sunda Besar |
Luas | 743,330 km2 (287,000 bt2) |
Kedudukan luas | Ke-3 |
Aras tertinggi | 4,095 m (13,435 ft) |
Puncak tertinggi | Gunung Kinabalu |
Pentadbiran | |
Daerah | Belait Brunei-Muara Temburong Tutong |
Penempatan terbesar | Bandar Seri Begawan (pop. ~50,000) |
Provinsi | Kalimantan Barat Kalimantan Tengah Kalimantan Timur Kalimantan Selatan Kalimantan Utara Nusantara |
Largest settlement | Samarinda (pop. 842,691) |
Wilayah Persekutuan dan Negeri | Sabah Sarawak Labuan |
Largest settlement | Kuching (pop. 617,886) |
Demografi | |
Populasi | 21,258,000 (16,625,796 adalah penduduk Kalimantan di Indonesia)[1] (2014) |
Pop. density | 28.59 /km2 (74.05 /sq mi) |
Kumpulan etnik | Dayak: (Ahe), Banjar, Barito, Benuaq, Berawan, Bidayuh, Bisaya, Bukitan, Dumpas, Dusun, Iban, Iban Mualang, Iban Embaloh, Ida'an, Illanun, Kadazan, Kayan, Kedayan, Kelabit, Kendayan, Kenyah, Kejaman, Kwijau, Lun Bawang, Lun Dayeh, Lotud, Maloh, Mangka'ak, Maragang, suluk Melanau, Minokok, Murut, Ngaju, Penan, Punan Ba, Rajang, Rumanau, Rungus, SulukSelakau, Sepan, Taman, Tambanuo, Tanjung, Tidong, Ukit Bajau, Belait, Melayu Brunei, Melayu Sarawak, Cina |
Pulau Borneo dibahagi secara politik antara tiga negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia. Kira-kira 73% pulau ini ialah wilayah Indonesia. Dua negeri (Wilayah) dan Wilayah Persekutuan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan meliputi kira-kira 26% kawasan pulau ini manakala Brunei, yang dikelilingi Sarawak, meliputi lebih kurang 1% kawasan tanah Borneo atau Kalimantan. Borneo atau Kalimantan mempunyai hutan hujan yang paling tua di dunia.