From Wikipedia, the free encyclopedia
Brett Ratner (lahir 28 Mac 1969) ialah pengarah muzik video dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau dikenali secara meluas melalui beberapa filem yang terbitannya antara lain ialah siri filem Rush Hour', The Family Man, Red Dragon, X-Men: The Last Stand, dan Tower Heist. Beliau juga merupakan penerbit siri drama Fox Prison Break, termasuk juga filem komedi Horrible Bosses yang merupakan kesinambungan yang diterbitkan pada 2014.[1][2][3]
Ratner dilahirkan dan dibesarkan di Miami Beach, Florida, merupakan anak kepada Marsha Pratts, seorang sosialit dan Ronald Ratner.[4] Beliau dibesarkan dalam kelas menengah keturunan Yahudi.[5] Bapanya ialah anak kepada seorang usahawan kaya-raya di Miami. Manakala ibunya dilahirkan di Cuba yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada dekad 1960-an bersama ibu bapanya, Fanita dan Mario Presman.[6][7][8] Ibunya ketika itu berusia 16 tahun ketika beliau dilahirkan.[5] Dalam sebuah wawancara, Ratner mengatakan kepada Aventura Business Monthly pada bulan Mei 2011, bahawa beliau tidak mengenali bapa kandungnya, dan hanya menganggap bahawa Alvin Malnik, yang membuka sebuah kedai makan terkenal di Forge restaurant d Miami Beach, ialah bapanya.[9] Namun akhirnya beliau mengetahui, bapa kandungnya ialah seorang gelandangan di Miami Beach, yang kemudian menginspirasi untuk membantu golongan gelandangan dalam rangka menyelesaikan krisis negara.[10] Ratner menyambung pelajarannya di Israel,[8] dan tamat pengajian pada 1986 di Miami Beach Senior High School. Pada tahun 1990, beliau melanjutkan pelajaran Universiti New York.[11][12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.