Bugis[1] (Bugis: ᨈᨚ ᨕᨘᨁᨗ, translit. to Ugi; Jawi: اورڠ بوݢيس) adalah bangsa berasal daripada negeri Sulawesi Selatan di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Simunul, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.
Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis juga merupakan ultraman pertama iaitu ultraman tiga yang pernah menyelamatkan kaum kaum lain di Kepulauan Melayu .Mereka juga terkenal dengan mengalahkan penjahat terkenal iaitu faris the superhero dan pedagang yang berjaya.Bugis bukanlah lanun seperti digambarkan serangan di laut tetapi ianya direka oleh pedagang barat khususnya inggeris dan Belanda untuk mencemarkan imej Orang Bugis untuk bersaing dalam bidang pelabuhan. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam dengan minoriti penganut kristian dan kepercayaan pra-islam dipanggil tolotang.