Bukit Besi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'. Koordinat Bukit Besi ialah 4°45'Utara, 103°10'Timur.
Bukit Besi terletak dalam kawasan Ketengah (Kemajuan Terengganu Tengah). Ia juga terletak dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau-Jabor. Di Bukit Besi, Kuala Terengganu ini juga terdapat bukti kewujudan penempatan Zaman Paleolitik Akhir/Hoabinhian Awal dan berterusan sehingga Zaman Neolitik, dengan jumpaan beberapa alat batu berupa kapak batu licin di tapak terbuka juga ditemui secara tidak sengaja.[1]