From Wikipedia, the free encyclopedia
Caitriona Balfe (/kəˈtriːnə ˈbælf/; lahir 4 Oktober 1979)[1] ialah seorang pelakon, penerbit dan bekas model fesyen Ireland. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Claire Fraser dalam siri drama Starz Outlander, yang mana beliau telah memenangi dua Anugerah Pilihan Rakyat, dua Anugerah Saturn, dan Anugerah Filem dan Televisyen Ireland, dan menerima empat pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik dalam Siri Televisyen - Drama.
Caitriona Balfe | |
---|---|
Kelahiran | Dublin, Ireland | 4 Oktober 1979
Warganegara | Ireland |
Pusat pendidikan | Institut Teknologi Dublin |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Tony McGill (k. 2019) |
Pada tahun 1999, semasa belajar Drama di Institut Teknologi Dublin, Balfe ditawarkan kerja sebagai model fesyen di Paris. Beliau muncul dalam kempen pengiklanan dan landasan untuk jenama seperti Dolce & Gabbana, Roberto Cavalli, Max Mara, Bottega Veneta dan Oscar de la Renta dalam tempoh 10 tahun sebelum memfokuskan semula pada kerjaya lakonan. Balfe telah muncul dalam banyak filem, termasuk Super 8, Now You See Me, Escape Plan, Monster Money, dan Ford v. Ferrari, dan mempunyai peranan utama dalam The Beauty Inside, Crush dan H+: The Digital Series.
Caitríona Balfe dilahirkan di Dublin, Irlandia,[2] dan dibesarkan di Tydavnet berdekaran Monaghan. Bapanya merupakan seorang veteran Sersan Garda.[3]
Sehingga 2014, beliau tinggal di Glasgow,[4] sebelum ini di Los Angeles ketika beliau mula belajar berlakon, dan di Bandar Raya New York, Paris, London, Milan, Hamburg dan Tokyo ketika bekerja sebagai model.[5][6][7][8] Selain bahasa Inggeris, beliau fasih berbahasa Ireland dan Perancis.[9]
Beliau menjadi ketua pertubuhan World Child Cancer.[10] Pada April 2018, beliau terlibat dalam London Marathon dengan mengumpulkan $39.623,69 untuk menyokong pertubuhan tersebut.[11]
Caitriona berkahwin dengan penerbit muzik Scotland Anthony McGill pada Ogos 2019.[12]
Tahun | Filem | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | The Devil Wears Prada | Akuntan | |
2009 | Picture Me | Dirinya sendiri | Dokumentari, sebagai penerbit |
A Herculean Effort | Emily | Filem pendek | |
2011 | Super 8 | Elizabeth Lamb | |
Lust Life | Aubrie | Filem pendek | |
2012 | The Wolf | Sally | |
Lost Angeles | Veronique | ||
2013 | Crush | Andie | |
Now You See Me | Jasmine Tressler | ||
Escape Plan | Jessica Mayer | ||
2015 | The Price of Desire | Gabrielle Bloch | |
2016 | Money Monster | Diane Lester | |
2019 | Ford v Ferrari | Mollie Miles | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | The Model Scouts | Diri sendiri | Mentor;[13] musim 2 episod 2 |
2014–kini | Outlander | Claire Beauchamp Fraser / Claire Beauchamp Randall | Peranan utama |
2019 | The Dark Crystal: Age of Resistance | Tavra (suara) | 10 episod |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | The Beauty Inside | Alex #34 | |
2012–2013 | H+: The Digital Series | Breanna Sheehan | 7 episod |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.