Callisto (bulan)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Callisto atau juga dikenali sebagai Musytari IV merupakan bulan kedua terbesar bagi planet Musytari dan bulan ketiga terbesar dalam Sistem Suria. Ia dijumpai oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dan namanya berasal daripada nama pari-pari di dalam mitologi Yunani. Daripada segi jarak, Callisto ialah bulan terjauh dalam kalangan bulan Galileo dan ia mempunyai jejari orbit kira-kira 1,880,000 kilometer (1,170,000 bt).[3] Ia tidak membentuk sebahagian daripada resonans orbit yang memberi kesan kepada tiga bulan Galileo yang lain (Io, Europa dan Ganymede) dan oleh itu, ia tidak mengalami pemanasan pasang surut yang ketara.[9] Putaran Callisto adalah segerak dengan revolusinya mengelilingi Musytari, jadi hemisfera yang sama sentiasa menghadap ke dalam di mana Musytari sentiasa kelihatan "berdiri tegak" di langit Callisto. Callisto kurang dipengaruhi oleh magnetosfera Musytari berbanding bulan dalam yang lain kerana orbitnya yang lebih jauh.[10]
Penemuan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | Galileo Galilei | ||||||||
Tarikh penemuan | 7 Januari 1610[1] | ||||||||
Designasi | |||||||||
Sebutan | /kəˈlɪstoʊ/[2] | ||||||||
Dinamakan sempena | Pari-pari Callisto dalam mitologi Yunani | ||||||||
Nama alternatif | Musytari IV | ||||||||
Adjektif | Callistoan, Callistonian | ||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||
Periapsis | 1 869 000 km[lower-alpha 1] | ||||||||
Apoapsis | 1 897 000 km[lower-alpha 2] | ||||||||
Paksi semimajor | 1 882 700 km[3] | ||||||||
Kesipian | 0.007 4[3] | ||||||||
Tempoh orbit | 16.689 018 4 d[3] | ||||||||
Kelajuan purata orbit | 8.204 km/s | ||||||||
Kecondongan | 0.192° (kepada satah Laplace tempatan)[3] | ||||||||
Satelit | Musytari | ||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||
Min jejari | 2410.3 ± 1.5 km (0.378 Bumi)[4] | ||||||||
Luas permukaan | 7.30 × 107 km2 (0.143 Bumi)[lower-alpha 3] | ||||||||
Isi padu | 5.9 × 1010 km3 (0.0541 Bumi)[lower-alpha 4] | ||||||||
Jisim | 1.075 938 ± 0.000 137 × 1023 kg (0.018 Bumi)[4] | ||||||||
Min ketumpatan | 1.834 4 ± 0.003 4 g/cm3[4] | ||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 1.235 m/s2 (0.126 g)[lower-alpha 5] | ||||||||
Halaju lepas | 2.440 km/s[lower-alpha 6] | ||||||||
Tempoh putaran | Segerak[4] | ||||||||
Kecondongan paksi | Sifar[4] | ||||||||
Albedo | 0.22 (geometri)[5] | ||||||||
| |||||||||
Magnitud ketara | 5.65 (pertentangan)[6] | ||||||||
Atmosfera | |||||||||
Tekanan atmosfera | 7.5 pbar[7] | ||||||||
Komposisi | ~4 × 108 cm−3 karbon dioksida[7] sehingga 2 × 1010 cm−3 oksigen molekul(O2)[8] | ||||||||
sunting |
Callisto terdiri daripada bahan batuan dan ais yang hampir sama dengan min ketumpatan kira-kira 1.83 g/cm3. Sebatian pada Callisto yang dikesan secara spektroskopik ialah ais air, karbon dioksida, silikat dan sebatian organik. Siasatan oleh kapal angkasa Galileo mendapati bahawa Callisto mungkin mempunyai teras silikat yang kecil dan mungkin juga lautan air cecair di bawah permukaan pada kedalaman lebih daripada 100 kilometer (62 bt).[11][12]