From Wikipedia, the free encyclopedia
Belcalis Marlenis Almánzar (lahir 11 Oktober 1992) yang lebih dikenali sebagai Cardi B, ialah seorang rapper Amerika Syarikat. Dilahirkan dan dibesarkan di The Bronx, New York City, beliau pertama kali menarik perhatian kerana membincangkan mengenai kerjayanya sebagai penari bogel di media sosial;[2] beliau menjadi selebriti internet melalui Instagram.[3][4]
Cardi B | |
---|---|
Kelahiran | Belcalis Marlenis Almánzar 11 Oktober 1992 New York City, New York, A.S. |
Warganegara | Amerika |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2015–kini |
Pasangan | Offset (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Hennessy Carolina (kakak) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | cardibofficial |
Dari 2015 hingga 2017, beliau tampil sebagai pelakon tetap di siri televisyen VH1, Love & Hip Hop: New York. Pada Februari 2017, beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Atlantic Records. Single sulungnya untuk Atlantic, berjudul "Bodak Yellow", mencapai nombor satu di carta Billboard Hot 100 Amerika Syarikat, menjadikan beliau sebagai rapper wanita kedua yang berjaya mencapai kedudukan pertama dengan lagu solo. Single ini dimuatkan dalam album studio sulungnya Invasion of Privacy (2018).[5]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2015–17 | Love & Hip Hop: New York | Dirinya sendiri | Pelakon utama, musim 6–7 |
2015 | Uncommon Sense with Charlamagne | Dirinya sendiri | Musim 1, episod: 23 |
2016 | Kocktails with Khloé | Diri sendiri | Musim 1, episod: "Khloé Kardashian Spills the Tea" |
2017 | Being Mary Jane | Mercedes | Musim 4, episod: "Getting Real" |
2017 | Hip Hop Squares | Dirinya sendiri | Musim 1, episod: "Ray J vs Princess Love", "Jessica White vs Joe Budden" |
2018 | Saturday Night Live | Dirinya sendiri | Episod: "Chadwick Boseman/Cardi B" |
2018 | The Tonight Show Starring Jimmy Fallon | Dirinya sendiri | 1 episod |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.