Cebu
wilayah di Filipina / From Wikipedia, the free encyclopedia
Cebú (bahasa Cebu: Sugbo) ialah satu daripada wilayah di negara Filipina. Cedbu terletak di timur pulau Negros, pulau Leyte di selatan dan pulau Bohol di tenggara. Wilayah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 3,325,385. Ibu kotanya ialah Bandar Cebu. Ia mempunyai luas 4,943.72 kilometer persegi. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)32.
Cebu | |
---|---|
Koordinat: 10°19′N 123°45′E | |
Negara | Filipina |
Daerah | Bisayak Tengah |
Barangay | 1203 |
Tarikh asas | 6 Ogos 1569 |
Pentadbiran | |
• Ketua | Gwendolyn Garcia |
• Pengundi | 3,082,621 (9 Mei 2019) |
Keluasan | |
• Jumlah | 4,943.72 km2 (1,908.78 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | 3,325,385 |
• Kepadatan | 670/km2 (1,700/batu persegi) |
• Bilangan rumah | 662,639 |
Ekonomi | |
• Kelas pendapatan | pendapatan kelas pertama wilayah |
• Kadar kemiskinan | 14.76% (2018)[3] |
• Hasil | ₱4,537,572,289.46 (2020) |
• Aset | ₱213,005,752,235.55 (2020) |
• Liabiliti | ₱4,734,292,034.79 (2020) |
• Perbelanjaan | ₱2,224,994,121.74 (2020) |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Filipina) |
Poskod | 6000–6053 |
PSGC | 072200000 |
Kod kawasan | +63 (0)32 |
Jenis iklim | iklim tropika |
Bahasa peribumi | bahasa Sugbu Forohanon Bantayanon |
Laman sesawang | www |
Cebú terletak di garisan latitud 9°25'U dan 11°15'U dan di garisan longitud 123°13'T dan 124°5'T, di tengah-tengah kepulauan Filipina.
Pulau Cebú adalah sejalur tanah pulau 225 km dan utara ke selatan dan ada 167 pulau-pulau kecil . Antaranya termasuklah Pulau Mactan, Pulau Bantayan, Pulau Malapascua, pulau Olango dan pulau Camotes. Ratusan pulau lagi tidak berpenghuni kecuali untuk tujuan pelancongan dan pengembaraan.
Gunung di pulau Cebú ada yang sehingga 1000 m dan dilitupi hutan tropika.
Antara bandar utama ialah Bogo, San Remigio, Medellin dan Daanbantayan yang terletak di selatan.
Ibu negerinya ialah kota Cebú, sebuah bandar lama yang membentuk kawasan metropolitan Cebú. Ada 6 bandar yang berdekatan iaitu bandar Carcar , Danao , Lapu-Lapu , Mandaue , Naga , dan bandar Talisay.
Ada Lapangan Terbang Antarabangsa Mactán-Cebú yang terletak di pulau Mactán.
Cebú merupakan salah sebuah pulau yang maju di Filipina. Ia menjadi pusat perdagangan, perniagaan, pendidikan dan perindustrian. Ada hotel 5 bintang, kasino, pantai putih bersih, padang golf kelas dunia, pusat konvensyen dan pasar raya hyper.
Majalah pelancongan meletakkan Cebú sebagai pulau ke-8 terbaik di Asia-Pasifik pada 2005 dan ke-7 pada tahun 2004.