Chin Peng
From Wikipedia, the free encyclopedia
Chin Peng (Cina: 陳平, lahir 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak sebagai Ong Boon Hua (王文華), mati 16 September 2013 di Bangkok[1]) merupakan Bapa Parti Komunis Malaya. Dia telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua. Dia juga diggelar sebagai "Malaikat Maut" kerana kezalimannya tidak dapat terkata.
Ketepatan fakta rencana ini telah dipertikaikan. |
Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Chin Peng Order of British Empire (OBE) | |
---|---|
Butiran peribadi | |
Lahir | (1924-10-21)21 Oktober 1924 Sitiawan, Perak |
Meninggal dunia | 16 September 2013(2013-09-16) (umur 88) Bangkok, Thailand |
Parti politik | Parti Komunis Malaya |
Kediaman | Bangkok, Thailand |
Pekerjaan | Bekas Setiausaha Agung dan Ketua Umum Parti Komunis Malaya |
Tandatangan |
Dia merupakan seorang Cina berketurunan Hockchew yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya. [2] Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.