![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bc/Administrative_center%252C_Radiation_Control_%252811383715816%2529.jpg/640px-Administrative_center%252C_Radiation_Control_%252811383715816%2529.jpg&w=640&q=50)
Chornobyl
bandar hantu di Oblast Kyiv, Ukraine / From Wikipedia, the free encyclopedia
Chornobyl (Bahasa Ukraine: Чорнобиль, IPA: [tʃorˈnɔbɪlʲ] ( dengar)) atau Chernobyl (/tʃɜːrˈnoʊbəl/ chur-NOH-bəl, chur-NOB-əl; Rusia: Чернобыльcode: ru is deprecated , IPA: [tɕɪrˈnobɨlʲ]) bandar yang separa terbiar di Zon Pengecualian Chornobyl, terletak di Raion Vyshhorod di utara Oblast Kyiv, Ukraine. Chornobyl terletak kira-kira 90 kilometer (60 bt) utara Kyiv dan 160 kilometer (100 bt) barat daya bandar Belarus Gomel. Sebelum pemindahannya, bandar ini mempunyai kira-kira 14,000 penduduk, manakala kira-kira 1,000 orang tinggal di bandar itu pada hari ini. Oblast Kyiv, berdekatan sempadan Belarus (51°16′N, 30°13′E). Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 paling tercemar di dunia.[2]
Chernobyl
Чорнобильcode: uk is deprecated Chernobyl | |
---|---|
Bandar kepentingan daerah | |
![]() Bangunan Dewan Bandaraya Lama Chernobyl | |
Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Ukraine" does not exist. | |
Koordinat: 51°16′20″N 30°13′27″E | |
Negara | ![]() |
Oblast | Oblast Kyiv |
Raion | Raion Chernobyl (1923–1988) Raion Ivankiv (1988-2020) Raion Vyshhorod (sejak 2020) |
Pertama disebut | 1193 |
Status bandar | 1941 |
Kawalan | Diduduki oleh Rusia (dari 24 Feb 2022; dipertikai)[1] |
Pentadbiran | |
• Administration | Agensi Negara Ukraine mengenai Pengurusan Zon Pengecualian |
Postal code | 07270 |
Kod kawasan | +380-4593 |
Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Kuasa Nuklear Chornobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.
Loji Kuasa Nuklear Chornobyl terletak di daerah Chornobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandar Prypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.
Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "Pemilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka. Sebelum ditinggalkan, bandar ini didiami oleh sekitar 55,000 penduduk.