Chuck Yeager
From Wikipedia, the free encyclopedia
Charles Elwood "Chuck" Yeager (lahir 13 Februari 1923) sebutan bahasa Inggeris: /ˈjeɪgər/ ialah seorang mejar jeneral bersara Tentera Udara Amerika Syarikat dan juruterbang ujian terkenal. Beliau adalah juruterbang pertama yang terbang lebih pantas daripada kelajuan bunyi (1947). Asalnya bersara sebagai brigadier jeneral, Yeager dinaik pangkat menjadi mejar jeneral pada senarai bersara Tentera Udara 20 tahun kemudian untuk pencapaian ketenteraannya.
Charles Elwood Yeager | |
---|---|
Nama samaran | Chuck |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Udara Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1941 - 1975 |
Pangkat | Mejar Jeneral (senarai bersara) |
Pertempuran | Perang Dunia Kedua Perang Vietnam |
Anugerah | Distinguished Service Medal (2) Silver Star (2) Distinguished Flying Cross (3) Legion of Merit (2) Bronze Star Purple Heart Presidential Medal of Freedom Congressional Silver Medal |
Tugas lain | Guru terbang |
Kerjayanya bermula pada Perang Dunia Kedua sebagai prebet dalam Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat. Selepas berkhidmat sebagai mekanik kapal terbang, pada September 1942 beliau mengikuti latihan juruterbang dan apabila lulus dinaik pangkat ke pegawai penerbangan (pangkat Perang Dunia II USAAF setaraf pegawai waran) dan menjadi juruterbang pejuang P-51 Mustang. Selepas perang beliau menjadi juruterbang ujian banyak pesawat udara dan roket. Yeager adalah lelaki pertama mengatasi batasan bunyi pada 14 Oktober 1947, memandu pesawat ujiab Bell X-1 pada Mach 1 pada ketinggian 13,700 m (45,000 ka). Walaupun Scott Crossfield menjadi orang pertama terbang lebih pantas daripada Mach 2 pada 1953, Yeager mencatat rekod baru Mach 2.44 tidak lama kemudian.[1] He later commanded fighter squadrons and wings in Germany and in Southeast Asia during the Vietnam War, and in recognition of the outstanding performance ratings of those units he then was promoted to brigadier general. Yeager's flying career spans more than sixty years and has taken him to every corner of the globe, including the Soviet Union during the height of the Cold War.