From Wikipedia, the free encyclopedia
Cubaan bom kereta Times Square 2010 berlaku pada 1 Mei 2010 di New York. Sebuah bom kereta ditemui oleh Jabatan Polis New York di Times Square. Bom itu gagal meletup dan tiada sesiapa terbunuh.[1][2]
Cubaan bom kereta Times Square 2010 | |
---|---|
Lokasi | 1 Astor Plaza, 1515 Broadway, Times Square, Bandaraya New York, AS |
Koordinat | 40.758056°N 73.985768°W |
Tarikh | 1 Mei 2010 6:28 petang (UTC–04) |
Jenis serangan | Pengeboman kereta yang gagal |
Kematian | 0 |
Tercedera | 0 |
sunting · sunting di Wikidata |
Pihak berkuasa persekutuan berjaya menangkap Faisal Shahzad (umur 30), seorang penduduk tetap asal Pakistan menetap di Bridgeport, Connecticut. Dia telah menjadi warganegara Amerika Syarikat pada April 2009.[3] Dia ditangkap sedang menaiki Penerbangan Emirates 202 ke Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.[3][4] Dia kemudiannya mengakui cuba bom kereta dan mengatakan bahawa dia telah menerima latihan di kem latihan pengganas di Waziristan, Pakistan.[5]
Peguam Negara Amerika Syarikat Eric Holder menuduh Shahzad berhasrat "membunuh orang Amerika". Shahzad didakwa di mahkamah persekutuan di Manhattan pada 4 Mei dengan tuduhan pengganasan dan menggunakan senjata pemusnah massa. Pegawai keselamatan Pakistan telah menangkap sejumlah orang berhubung dengan komplot. Dia dikatakan mendapat inspirasi daripada Anwar Al-Awlaki menerusi internet.[6]
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengingatkan bahawa akan timbulnya "akibat teruk" seandainya serangan sebegini berjaya lalu dikesani puncanya di Pakistan.[7] Dakwaan hubungan dengan anasir-anasir Taliban di Pakistan menekankan lagi perlunya pentadbiran Barack Obama untuk bertindak balas termasuk melakukan serangan tentera ke Pakistan jika pada masa akan datang berlakunya serangan berjaya yang dikesan berasal dari militan yang bertapak di Pakistan.[8]
Pada 5 Oktober 2010, Shahzad dikenakan hukuman penjara seumur hidup setelah mengaku bersalah atas indikmen 10 tuduhan pada bulan Jun, termasuk tuduhan komplot untuk menggunakan senjata pemusnah besar-besaran serta cubaan pengganasan.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.