Córdoba, Sepanyol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Córdoba, Cordova atau Kurtubah (Arab: قُرطُبَة, rumi: Qurṭubahcode: ar is deprecated [1]) ialah ibu kota serta bandar raya wilayah Córdoba, Andalusia, selatan Sepanyol. Terletak di sebelah Sungai Guadalquivir pada 37.88° Utara, 4.77° Barat, bandar raya ini telah diasaskan oleh Claudius Marcellus dengan nama Corduba pada zaman Rom kuno. Pada tahun 2005, jumlah penduduknya adalah 321,164 orang.
Córdoba
Cordova Qurṭubah قرطبةcode: ar is deprecated | |
---|---|
Perbandaran | |
Negara | Sepanyol |
Komuniti pemerintahan sendiri | Andalusia |
Wilayah | Córdoba |
Comarca | Córdoba |
Daerah pentadbiran | Córdoba |
Kerabat Diraja | Kerabat Silva |
Pentadbiran | |
• Jenis | Kerajaan Majlis-Datuk Bandar |
• Badan | Ayuntamiento de Córdoba |
• Datuk Bandar | Isabel Ambrosio Palos (PSOE) |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,255.24 km2 (484.65 batu persegi) |
Aras | 120 m (390 ft) |
Penduduk (2008) | |
• Jumlah | 325,453 |
• Kepadatan | 260/km2 (670/batu persegi) |
Demonim | Qurtubi, Kurtubi |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 14001–14014 |
Bahasa-bahasa rasmi | Sepanyol |
Laman sesawang | www |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Córdoba |
Nama rasmi | Córdoba |
Sebahagian dari | Q100593640, Comarca de Córdoba, Red de Juderías de España |
Inskripsi | 1984 (sesi ke-8) |
Lanjutan | 1994 |
Keluasan | 1,253 km2 (1.349×1010 ka2) |
Laman sesawang | http://www.cordoba.es/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Wilayah Córdoba, Sepanyol |
Koordinat | 37°53′N 4°46′W |
sunting · sunting di Wikidata |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Córdoba, Sepanyol |
Pada hari ini, bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni bina yang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Khilafah Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Dianggarkan bahawa Cordoba didiami sehingga 500,000 orang ketika itu, merupakan bandar raya yang kedua terbesar di dunia pada abad ke-10, selepas Byzantium.
Cordoba ialah tempat kelahiran empat orang ahli falsafah yang terkenal:
- Lucius Annaeus Seneca, seorang Rom yang tabah;
- Ibnu Rushd, seorang Islam
- Maimonides, seorang Yahudi
dan mungkin juga Abraham Cohen de Herrera. Cordoba juga merupakan tempat asal Lucan, seorang pemuisi Rom dan lebih terkini, beberapa pelukis flamenko, termasuk Paco Peña, Vicente Amigo, dan Joaquín Cortés.