Daerah Temburong
daerah di Brunei / From Wikipedia, the free encyclopedia
Daerah Temburong ialah salah satu dari empat daerah di Brunei. Ia merupakan daerah yang paling timur, dan sebuah ekslaf iaitu terpisah dari tanah besar Brunei oleh Daerah Limbang dalam Sarawak, Malaysia. Daerah Temburong mempunyai keluasan 1,306 kilometer persegi (504 batu persegi) dan mempunyai keramaian penduduk 10,543 orang pada tahun 2016.[2][5] Bangar ialah petempatan utama dan satu-satunya pekan bagi daerah ini.
"Temburong" dilencongkan ke sini. Untuk nama sungai di daerah ini, lihat Sungai Temburong.
Fakta Segera Negara, Ibukota ...
Daerah Temburong | |
---|---|
Negara | Brunei |
Ibukota | Pekan Bangar |
Pentadbiran | |
• Ketua Jabatan | Awang Abdul Ghani bin Haji Othman |
• Timbalan Ketua Jabatan | Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,306 km2 (504 batu persegi) |
• Pemeringkatan | 2 |
Penduduk (2018)[3] | |
• Jumlah | 10,900 |
• Kepadatan | 8.3/km2 (22/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+08:00 (WBD/BNT) |
Poskod | Pxxxxx |
Nombor telefon | +673 5XX, +673 522 Bangar, +673 524 Labu[4] |
Kod ISO 3166 | BN-TE |
Laman sesawang | www |
Tutup