From Wikipedia, the free encyclopedia
Dango (団子 ) adalah kuih Jepun berbentuk bulat seperti bebola kecil, dan dimasak dengan cara kukus atau rebus di dalam air. Adunan dango dibuat daripada tepung beras yang diadun bersama air atau air panas. Kushidango adalah sebutan untuk sejumlah 3, 4, atau 5 biji dango yang dicucuk menjadi satu dengan cucukan (kushi) buluh. Jumlah dango dalam satu cucuk bergantung kepada daerah di Jepun.
Dango yang rasanya manis dibuat dengan menambahkan gula ke dalam adunan, sedangkan dango yang tidak manis dicelupkan ke dalam sos. Dango juga boleh dimakan dengan taburan serbuk kacang soya (kinako), dimasukkan ke dalam mitsumame (agar-agar yang dimakan bersama campuran buah dalam tin) atau mentega kacang merah yang dicairkan dengan air. Selain dari tepung beras, dango juga boleh dibuat daripada tepung gandum atau tepung millet.
Sos untuk kushidango terdiri daripada dua perasa:
Jenis kushidango lain disajikan dengan pelbagai macam olahan atau taburan:
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dango |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.