Kuih

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kuih
Remove ads

Kuih (Jawi: کوءيه; Mal., Sin., kata ganda: kuih-muih کوءيه-موءيه), kueh (Sin.) atau kue (sstgh tempat Ind.) adalah makanan ringan atau pencuci mulut bersaiz kecil yang biasa ditemui serata Nusantara termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Kuih-muih ini seringkali mempunyai rasa manis, namun ada juga yang dimasak dengan rasa berlauk.[2]

Fakta Segera Nama alternatif, Jenis ...
Thumb
Pelbagai jenis kuih yang boleh didapati di pasar
Remove ads

Gambaran umum

Perkataan "kuih", "kueh" dan "kue" ini kesemuanya dipinjam daripada sebutan Hokkien koé (粿),[3] merujuk kepada potongan kudapan yang dimasak daripada tepung beras.[1] Istilah ini dahulunya merujuk khusus kepada makanan yang dibuat secara kukus menggunakan nasi atau pulut, namun ia kini merangkum lebih luas termasuk pencuci mulut cara Barat berupa kek, puding, biskut mahupun pastri.

Di kawasan tertentu, kuih turut dipanggil tepung, khususnya yang terbuat daripada bahan tersebut.[4] Ia boleh ditemukan dalam nama beberapa jenis kuih seperti tepung talam, tepung pelita dan sebagainya. Di Kelantan, kesemua jenis kuih boleh dipanggil "tepung" memandangkan tepung adakalanya dipanggil "debu".[4] Di Selatan Thailand, kata ini masih dipakai dengan meluas.

Ramuan asas yang ada pada hampir semua kuih tradisi termasuk santan, kelapa, gula melaka dan daun pandan.[5]

Kuih-muih lazim tiada masa khusus untuk dihidangkan, ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh atau kopi.[5] Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan.[5]

Jenis

Kuih boleh datang dalam dua jenis daripada bahan digunakan dan cara dimasak:[6][7]

  • kuih basah atau kue basah: kuih yang cenderung mengandungi isi berair atau lembap
  • kuih kering atau kue kering: kuih yang mempunyai tekstur kering dibuat secara membakar.
Remove ads

Senarai kuih tradisional

Remove ads

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads